CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua pelajar maut, motosikal bertembung Proton Waja

[Copy link]
Post time 20-1-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Dua pelajar maut, motosikal bertembung Proton Waja

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI20 Januari 2023 03:28pm






Dua pelajar sekolah maut dalam kemalangan pada malam Khamis. (Gambar kecil: Kamarul)




BALIK PULAU - Dua pelajar sekolah meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Rusa, Sungai Pinang di sini pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun merupakan pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh di sini.

Menurutnya, penunggang motosikal, Nur Humaira Mohd Zaini meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang membonceng, Nur Fatimah Salamah Ullah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Kejadian berlaku pada jam 10.10 malam, 19 Januari melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang kedua-dua mangsa dengan kereta Proton Waja yang dinaiki seorang lelaki.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta Proton Waja dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Kuala Sungai Pinang. Semasa tiba di Jalan Sungai Rusa, Sungai Pinang, kenderaan tersebut bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati, kejadian berlaku ketika motosikal mangsa dipercayai sedang memotong sebuah kereta di jalan lurus tersebut.

"Akibat daripada itu, Nur Humaira yang parah meninggal di lokasi kejadian manakala Nur Fatimah menghembuskan nafasnya ketika sedang dirawat di HPP.

"Sementara itu, pemandu kereta yang bekerja sebagai mekanik hanya mengalami luka di pipi kanannya. Pemandu kereta dan penunggang motosikal mempunyai lesen memandu yang sah dan lesen kenderaan bermotor (LKM) juga masih sah tempoh," katanya.




Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.060021 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list