View: 1152|Reply: 8
|
[Tempatan]
Nenek 91 tahun dibunuh selepas disamun
[Copy link]
|
|
Nenek 91 tahun dibunuh selepas disamun
https://www.utusan.com.my/nasion ... uh-selepas-disamun/
Oleh HADI AB. MANAP
20 Januari 2023, 1:06 pm
LOKASI rumah mangsa yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Kampung Pulai Darat, Merlimau, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
JASIN: Seorang nenek berusia 91 tahun yang tinggal berseorangan di rumahnya di Kampung Pulai Darat, Merlimau di sini ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun, awal pagi tadi.
Tragedi yang menimpa warga emas, Misah Md. Amin, 91, disedari oleh jirannya yang juga seorang lelaki warga Indonesia menyewa berhampiran lokasi kejadian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintenden Mohd. Fadzli Othman berkata, polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 3.54 pagi.
“Satu laporan diterima mengatakan ada satu kejadian samun sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Kampung Pulai Darat.
“Sepasukan pegawai dan anggota telah pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut dan menemui mangsa iaitu seorang warga emas berusia 91 tahun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tambah Mohd. Fadzli, hasil risikan bersama maklumat orang awam, seorang suspek berusia 20 tahun berjaya diberkas di kawasan sama pukul 8 pagi tadi.
Jelasnya, suspek merupakan penganggur yang mempunyai tiga rekod jenayah termasuk kes samun di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Drug addict ke...kn ada satu undang2 yg menghukum mati pengedar..penjual dan penagih..hidup drug addict tegar pun x guna..dr menghabiskan beras baik bg mampus je |
|
|
|
|
|
|
|
Jika ada kenal penagih dadah sila call van putih kidnap |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 20-1-2023 09:47 AM
Drug addict ke...kn ada satu undang2 yg menghukum mati pengedar..penjual dan penagih..hidup drug add ...
Inilah sebab kenapa warga asing di bawa masuk.
Yang merana tanggung akibat adalah Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 20-1-2023 07:45 PM
Jika ada kenal penagih dadah sila call van putih kidnap
Masalahnya..organ matpet laku jual ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Van putih tu pun buat tak nampak je agaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Celaka betul perangai nak samun, samun ajelah kenapa sampai dibunuh?? Orang tua umur2 macam tu biasa fizikal x kuat mana dah pun lagi2 kalau nak melawan. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu sbb iols sokong sistem hamba abdi diperkenalkan blk. Sampah2 masyarakat yg berkali x boleh dipulihkan kita tukar jd hamba abdi. Ada juga kegunaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 20-1-2023 08:35 PM
Masalahnya..organ matpet laku jual ke???
Bukan jual, pergi humban dlm sungai kasi lemas |
|
|
|
|
|
|
| |
|