CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 2

[Dunia] Jinping bimbang penularan COVID-19 di luar bandar China apabila ramai balik kampung sempena TBC, sebaliknya tidak pula risau walaupun ramai yang telah pergi bercuti di luar negara

  [Copy link]
Post time 20-1-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 20-1-2023 11:24 AM


Orang ramai yang mahu pulang ke kampung sempena Tahun Baharu China berjalan di sepanjang siar kaki Stesen Kereta Api Beijing West di Beijing, China. - Foto AP

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping mengakui bimbang dengan penularan COVID-19 di kawasan luar bandar, ketika jutaan penduduk China pulang ke kampung menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Xi turut mempertahankan dasar sifar COVID, yang ditamatkan bulan lalu selepas ia melumpuhkan ekonomi dan mencetuskan protes seluruh China, dengan menegaskan dasar itu adalah pilihan yang tepat.

"Xi berkata beliau awalnya bimbang dengan kawasan dan penduduk luar bandar selepas negara itu mengubah pendekatan tindak balas terhadap COVID-19," lapor agensi berita Xinhua.

Menurut media kerajaan China itu, Xi menegaskan mengenai usaha menambah baik penjagaan perubatan untuk golongan berisiko di luar bandar.

"Langkah pencegahan dan kawalan epidemik memasuki peringkat baharu, dan kita masih dalam tempoh yang memerlukan usaha gigih," katanya, sambil menegaskan kepentingan menguruskan kekurangan pencegahan dan kawalan epidemik di luar bandar.


Pihak berkuasa pengangkutan sebelum ini menjangkakan lebih dua bilion pergerakan dalam tempoh 40 hari antara Januari dan Februari, iaitu hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu dan 70 peratus daripada tahap sebelum pandemik.

Media China melaporkan, sejumlah 30.2 juta penduduk negara itu bergerak di seluruh China sepanjang semalam.

Migrasi besar-besaran yang juga antara terbesar di dunia, dijangka menyebabkan lonjakan kes COVID-19 di kawasan luar bandar China, yang kekurangan sumber.

Bulan lalu, Beijing menamatkan pendekatan keras dasar sifar COVID-19, membabitkan pelaksanaan perintah berkurung ujian mandatori besar-besaran, namun memberi kesan pada ekonomi China.

Semalam, Xi mempertahankan pelaksanaan pendekatan keras itu, dan menegaskan dasar sifar COVID adalah pilihan tepat yang membolehkan China melawan 'beberapa gelombang penularan mutasi virus.' - AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2023/01/1053769/jinping-bimbang-penularan-covid-19-di-luar-bandar-china

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu..dia risau penularan kat negara dia,negara luar lantak korang la..dah pemimpin sini pun cakap boleh kawal.
Puasa nanti baru gelebeh tetek nak pkp.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
wa kasi wa lakyat kasi sebar ini penyakit..sana oversea....lu olang tau ke tak tau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060645 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list