View: 2171|Reply: 56
|
[Tempatan]
Dapatkah manusiawi mengatasi ketirisan? Guna pendekatan ekonomi manusiawi, henti ukur kemajuan berdasar angka – PM
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 20-1-2023 11:10 AM
ANWAR Ibrahim ketika melancarkan Membangun Malaysia Madani di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
PUTRAJAYA: Malaysia harus menamatkan ukuran kemajuan pertumbuhan ekonomi dengan keghairahan menyebut angka semata-mata tanpa memberi penekanan kepada kesan dan akibat kepada rakyat keseluruhannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat yang tergolong dalam kategori miskin tegar, bergelut dengan permasalahan hidup atau anak muda yang menganggur tidak terpukau dengan angka bahawa kadar pengangguran menurun atau inflasi hanya pada kadar empat peratus kerana ia langsung tidak membantu serta tidak menjamin masa depan.
Justeru, kata beliau, pembangunan konsep ekonomi manusiawi akan menolak prinsip kapitalisme itu yang sedikit sebanyak diamalkan pimpinan negara terdahulu, yang mana golongan mahakarya terpilih menguasai hampir semua bidang di negara ini.
Katanya, ia seolah-olah seluruh jentera kerajaan tidak ada keupayaan mengenal pasti syarikat baharu atau kelompok baharu untuk dilatih atau diangkat seiring supaya diperluas peluang bagi mereka menguasai bersama.
“Tanpa keadilan sosial, tanpa ekonomi manusiawi, apa berlaku adalah sistem baharu yang disebut seperti langkah penswastaan (contoh), rompakan itu terus menerus berlaku setiap jam. Kalau lanun zaman silam dia rompak satu tahun sengsara beberapa bulan, mereka hidup dengan aman kemudian rompak lagi.
“Dalam sistem yang tidak adil atas nama penswastaan atau apa saja jika tidak dikawal dengan kekuatan politik yang telus dengan tatakelola yang baik akan menyebabkan rompakan itu berlaku, terus menerus.
“Setiap minit kegunaan air dan elektrik umpamanya akan menyebabkan rompakan kecil berterusan setiap minit, setiap bulan, setiap tahun. Sebab itu sokongan dasar kita itu harus menjamin sokongan kepada pelabur supaya dapat dijalankan kegiatan ekonomi dengan baik tapi jangan menyebabkan penekanan dan sengsara bagi rakyat di bawah,” katanya ketika menyampaikan amanat Membangun Malaysia Madani, di sini hari ini. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/guna-pendekatan-ekonomi-manusiawi-henti-ukur-kemajuan-berdasar-angka/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Makan tengahari sebelum Jumaat kat mana hari ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kau molot jaga sikit PM.
Kau tu PM. Sedar diri sikit
Kalau kau represent China boleh la sembang Kari gini. Malaysia ni kuman je on world stage. |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar ckp sedap sokmo. Tapi itulah cakap je lah. Idealist. Knp langkah penswastaan tu tak baik ke? Ke sbb nk kritik zaman TunM |
|
|
|
|
|
|
|
Cokoro replied at 20-1-2023 12:06 PM
Anwar ckp sedap sokmo. Tapi itulah cakap je lah. Idealist. Knp langkah penswastaan tu tak baik ke? K ...
Tu la pasal. Bangnon ni nk compare dgan atok mcm langit n bumi. Yelah education pun sorg doktor sorg lg setakat ijazah bahasa melayu jahh, tu pasal kuat gebang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pu3_rania at 20-1-2023 12:53 PM
Pung pang pung pang tapi hasilnya yilekkkk Anwar Ibrahim oiiii
Rakyat ada yang tengah bergelut untuk harungi hidup sedangkan KO dengan mulut macam c***i tak jaga sensitiviti perasaan rakyat yerrrr
Semoga ada yang cantas KO |
|
|
|
|
|
|
|
Bila laa nk buat kerjanya dia ni...asyik bercakap ajaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa bombastik, jenuh nak faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by apam at 21-1-2023 02:02 AM
Solokkk replied at 20-1-2023 12:55 PM
Cuma nak cakap, pala but*h nko la Pak Non . Pak Non mkn tghari kat gerai mana hari nih? . ...
Nape marah sgt acik? Betul apa dia cakaP. Benda yg dia buat tu nanti-nantilah tengok cemana nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
creep_bite replied at 20-1-2023 01:14 PM
Bila laa nk buat kerjanya dia ni...asyik bercakap ajaa.
Dia dah kena culture shock bila dah jadi PM yang selama ni dia dambakan sangat2 dengan 'I've the numbers' so sekarang ni lah masanya dia nak lepaskan segala dendam kesumat selama ni di simpan dengan mengenakan pihak2 tertentu
Suara rintihan rakyat tak di pedulikan yang dia tahu dia nak lontarkan segala apa yang dia pendam selama ni sebelum dapat jadi PMX
Banyak sinetron dari realiti
Dia ni lebih kepada spisis 'Talks The Talk But Doesn't Walk The Walk' sama macam manifesto PRU yang janjikan bulan, bintang & planet |
|
|
|
|
|
|
|
masa jadi pembangang rasa dia & piji tu befungsi jugak, buat bising dgn tin kosong.la ni piji pun dah masuk gua & rakyat terus struggle.
PMX plak duk bersastera setiap minggu dgn aktiviti jln2 cari makan
|
|
|
|
|
|
|
|
jap lg dia post la, kang utusan tv sume pick up la masuk maintsream...apa susah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cokoro replied at 20-1-2023 12:06 PM
Anwar ckp sedap sokmo. Tapi itulah cakap je lah. Idealist. Knp langkah penswastaan tu tak baik ke? K ...
Rasanya dia x kata pun dasar penswastaan x baik. Dia cakap kalau sistem x berasaskan kemanusiaan, apa2 dasar baharu yg diperkenalkan kerajaan, dgn mengambil contoh dasar penswastaan, tidak akan menjamin keadilan.....Aku dok ulang2 baca statement nih, x rasa pun dia kata dasar penswastaan tu x baik.....Itu hanya contoh dasar baru yg diperkenalkan, tp terangkum dlm sistem yg tiada keadilan sosial....
....................................
Tanpa keadilan sosial, tanpa ekonomi manusiawi, apa berlaku adalah sistem baharu yang disebut seperti langkah penswastaan (contoh), rompakan itu terus menerus berlaku setiap jam. Kalau lanun zaman silam dia rompak satu tahun sengsara beberapa bulan, mereka hidup dengan aman kemudian rompak lagi.
“Dalam sistem yang tidak adil atas nama penswastaan atau apa saja jika tidak dikawal dengan kekuatan politik yang telus dengan tatakelola yang baik akan menyebabkan rompakan itu berlaku, terus menerus. |
|
|
|
|
|
|
|
bangnon ni nampak bombastik sebab dia cuba guna bahasa melayu walhal versi BI nya tahap Rishi Sunak jawab soalan wartawan ja.
Itulah realitinya tanggapan taraf bahasa melayu dikalangan orang melayu sendiri. Jangan sedeh la.
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah anwar cuba guna perkataan 'rompakan' berulang2 kali utk mainkan sentimen?.. nak ambil hati rakyat?
hmmm
tak jumpa pula perkataan kebobrokan kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 20-1-2023 03:31 PM
Rasanya dia x kata pun dasar penswastaan x baik. Dia cakap kalau sistem x berasaskan kemanusiaan, ...
secara langsungnya dia tak kata penswastaan tu tak baik, cuma peminggiran golongan bawahan tu yg tak baik
secara tak langsungnya, gomen tengah giat tarik pelabur2 asing dan anwar pula mmg nmpk nak menjuarai hati rakyat.. kaw2.. tindak-tanduk dan ucapannya2, manis sungguh... mahathir, najib, muhyiddin, ismail sabri, pak lah jauh ketinggalan bab main politik camni
samada politikus2 ni betul2 ikhlas jadi pemimpin negara tu tak tau la tapi kalau tengok dari sudut permainan politik, anwar jauh meninggalkan politikus2 yg lain
cuma sekarang ni rasa macam ada golongan di kalangan geng ph/dap yg makin rasa tak senang dgn pengaruh umno/zahid dalam pentadbiran kerajaan.. tengok berita2 fmt lain mcm je semenjak dua menjak ni |
|
|
|
|
|
|
|
PM gagal aje yang putar kiri kanan macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pu3_rania at 20-1-2023 06:43 PM
Innrukia replied at 20-1-2023 01:34 PM
masa jadi pembangang rasa dia & piji tu befungsi jugak, buat bising dgn tin kosong.la ni piji pun ...
Hahahaha
Berfungsi lah sangat kan si Anwar Ibrahim & Piji dengan berbekalkan air liur basi macam ayam tercirit bila berkata-kata masa jadi pembangkang dengan dok membangkang memanjang ajerrr
Sekarang ni 2 malaun ni dok asyik nak condemn dan cari salah pemerintahan yang lepas sedangkan sampai sekarang masih belum menampakkan keberhasilan usaha yang memberangsangkan untuk membantu rakyat
Sekarang ni bantuan yang di berikan adalah kesinambungan usaha dan idea pemerintahan yang terdahulu untuk membantu rakyat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|