CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek kebun kerang dijangka jana RM89.28 juta setahun

[Copy link]
Post time 19-1-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Projek kebun kerang dijangka jana RM89.28 juta setahun



oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN19 Januari 2023 03:58pm






Norlela (enam dari kiri) bergambar bersama pemegang taruh dalam projek ternakan kebun kerang selepas Mesyuarat Sistem Kultur Laut Pulau Pinang, pada Khamis.




KEPALA BATAS - Jabatan Perikanan Malaysia dan Kerajaan Pulau Pinang mempelawa penduduk dan persatuan nelayan di negeri ini untuk mengambil bahagian dalam mengusahakan projek kebun kerang fasa dua di kawasan Seberang Perai.

Exco Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin berkata, projek kebun kerang di Seberang Perai bermula pada tahun 2019 bertujuan membantu penternak untuk menjalankan aktiviti ternakan kerang dengan lebih sistematik dan produktif.

Menurutnya, melalui projek dijalankan ia dapat meningkatkan pengeluaran kerang sekali gus dapat membantu penduduk atau nelayan setempat bagi meningkatkan pendapatan seharian.

"Jabatan Perikanan telah menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Pulau Pinang khususnya bagi memaksimumkan penggunaan sumber tanah lumpur di pantai Pulau Pinang bagi ternakan kerang.

"Hasilnya, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.15 juta bagi projek kebun kerang ini kajian serta bantuan input kepada peserta kebun kerang," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Sistem Kultur Laut Pulau Pinang di sini, pada Khamis.

Dr Norlela berkata, kerajaan negeri juga telah menambah peruntukan dengan membina jeti berserta kemudahan infra bagi aktiviti pendaratan kerang di tiga buah jeti yakni Jeti Lahar Endin, Sungai Abdul dan Jeti Bagan Ajam menelan belanja melebihi RM1.5 juta.

Mengakui terdapat cabaran dan isu dalam melaksanakan projek ternakan kerang ini, Dr Norlela berkata, bagi mengatasi masalah berbangkit Jabatan Perikanan giat mengadakan sesi libat urus bersama semua yang terlibat untuk memberi pencerahan berkaitan projek ini serta impak positif yang bakal diperoleh hasil dari kejayaan projek ini kelak.

Selain itu, jelasnya, Jabatan Perikanan bersama kerajaan negeri membantu peserta baharu ini dengan bantuan benih kerang sebagai permulaan.




"Benih kerang ini adalah benih terbaik yang dipilih oleh Jabatan Perikanan dari kawasan semula jadi tertentu dan terbaik dari negeri Perlis, Kedah dan Perak.

"Pengambilan benih ini adalah hasil kerjasama strategik jabatan dengan pemungut benih kerang yang diiktiraf jabatan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hasil yang akan diperoleh melalui projek ternakan kerang terbabit, Norlela berkata, jangkaan sumbangan diperoleh melalui pendaratan kerang ialah sebanyak 11,160 matrik tan (mt) setahun dengan nilai RM89.28 juta.

Tambah beliau, hasil pendaratan benih kerang ini akan diambil sampel dan dianalisa supaya selamat dimakan di,bawah persampelan berkala Jabatan Perikanan di bawah National Shellfish Sanitation Program (NSSP).

Pemohon yang berminat untuk menyertai projek ternakan kerang ini boleh mendapatkan borang di Pejabat Perikanan Daerah atau melalui laman Facebook Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049570 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list