CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bapa sakit jantung berhenti kerja jaga anak OKU

[Copy link]
Post time 19-1-2023 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Bapa sakit jantung berhenti kerja jaga anak OKU

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



SYED Umar (kanan), 50, ketika ditemui di Batu Uban. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Bapa kepada dua anak autisme dengan kurang upaya fizikal kehilangan punca pendapatan selepas tidak dapat bekerja berikutan penyakit jantung dihidapi tiga tahun lalu.

Malah status isterinya yang juga warga India turut menyukarkan wanita berkenaan mencari pekerjaan di negara ini.

Syed Umar Rasul Khan, 50, berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai tukang rumah namun terpaksa berhenti kerja kerana tidak dapat melakukan kerja berat akibat kerap terkena serangan penyakit berkenaan.

Katanya, sejak berhenti kerja, dia dan isteri, Salma Dadaper, 36, menguruskan dua anak, Muhammad Aslam, 12, dan Nur Siti Balqis, 11, termasuk rawatan di hospital.

"Kedua-dua anak mengidap Autisme yang mana Muhammad Aslam tidak boleh berdiri manakala adiknya turut mempunyai masalah pertuturan dan tidak dapat berjalan dengan sempurna.

"Kadang-kala saya hanya cekalkan hati melihat isteri menguruskan anak seorang diri kerana saya tidak berdaya mengangkat mereka berikutan masalah jantung ini," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Uban di sini, semalam.

Mengulas lanjut, pada masa ini dia hanya mengharapkan bantuan bulanan sebanyak RM1,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain Zakat Pulau Pinang (ZPP) berjumlah RM400.

Namun itu hanya cukup bagi membeli keperluan anak mereka yang memerlukan lampin pakai buang dan susu khas serta lain-lain kos rawatan.

"Kini kami hanya duduk menumpang di rumah adik beradik di sekitar negeri ini berikutan tidak mampu menyewa rumah dan saya bimbang dengan nasib isteri serta anak jika saya sudah tiada kelak.

"Saya pernah membuat permohonan bagi mendapatkan rumah kos rendah tetapi tidak layak kerana isteri bukan warganegara Malaysia, namun apa bila permohonan sudah diterima, pinjaman bank pula tidak lulus," katanya lagi.

Sementara itu, Adun Batu Uban, A Kumaresan berkata, Syed Umar pernah beberapa kali membuat permohonan bagi memiliki rumah pertama sebelum diluluskan namun berikutan beberapa masalah termasuk tidak dapat membuat pinjaman bank, wang pembelian rumah itu tidak dapat disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

"Saya sudah memohon kepada Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi melanjutkan tempoh masa selama tiga bulan lagi kepada Syed Umar bagi mengumpulkan wang sebanyak RM40,000 bagi membeli unit rumah kos rendah di Pangsapuri Idaman Prestij di daerah Barat Daya.

"Namun, jika ada pihak yang mahu menyumbang wang bagi kegunaan anak atau pembelian rumah, boleh berhubung dengan Syed Umar," katanya lagi.

Orang ramai yang mahu memberi sumbangan, boleh menghubungi Syed Umar di talian 014-6531169 atau Persatuan Sahabat Prihatin Pulau Pinang di 017-2770388 bagi mendapatkan maklumat lanjut.






Disiarkan pada: Januari 19, 2023 @ 12:52pm















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054042 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list