CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 1

[Pulau Pinang] Zuriat ditunggu hadir bersama ujian

[Copy link]
Post time 19-1-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Zuriat ditunggu hadir bersama ujian


Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my



NORHAYU dan Mohd Rizal sewaktu menimang cahaya mata (gambar kanan) dan empat beradik kembar kini mengikuti PPK di sekolah harian (gambar kiri).




Bayan Lepas: Penantian selama tujuh tahun bukan tempoh singkat untuk Norhayu Mat Hanafi dan suami, Mohd Rizal Shaari menimang cahaya mata sulung mereka.

Malah, pelbagai soalan diajukan mengenai zuriat, namun pasangan berkenaan hanya dapat bersabar sepanjang tempoh itu.

Berkat kesabaran akhirnya doa mereka dimakbulkan Allah SWT apabila dikurniakan kembar empat sekali gus diberi nama Puteri Nuradlina, Puteri Nuradriana, Puteri Nurafrina dan Puteri Nuraina Mohd Rizal yang kini berusia 12 tahun.

Di sebalik kegembiraan itu, pasangan berkenaan menerima ujian apabila anak kembar mereka disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) intelektual kategori masalah pembelajaran, lambat bertutur dan hiperaktif kira-kira enam tahun lalu.

Norhayu berkata, dia dan suami berkahwin pada 2003 serta menunggu lama untuk menimang cahaya mata.

"Bagaimanapun, kami tidak berputus asa sebelum saya disahkan hamil pada 2009 dan melahirkan cahaya mata tahun berikutnya.

"Sepanjang tempoh kehamilan itu, semuanya dalam keadaan baik dan memang tahu ada kembar tiga berdasarkan hasil imbasan, tetapi dapat empat," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Norhayu, dia dan suami gembira serta sangat bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata kembar tetapi tidak menyangka kesemuanya OKU.

Katanya, dia tidak dapat mengesan lebih awal status anaknya kerana tiada pengalaman sebagai ibu atau ada ahli keluarga OKU.

"Masa kecil tak dapat kesan lagi anak OKU walaupun saya nampak mereka sangat hiperaktif. Selepas hantar ke tadika, baru saya tahu, itu pun selepas cikgu perasan ada kelainan pada anak.

"Bagi mendapat kepastian, saya dan suami berjumpa doktor sebelum mendapat pengesahan bahawa anak kembar kami adalah OKU.

"Memang sedih dan pada awalnya tidak dapat terima hakikat itu, namun saya dapat kekuatan dengan sokongan suami, keluarga serta orang sekeliling," katanya yang mempunyai dua lagi cahaya mata berusia enam dan dua tahun.

Berkongsi pengalamannya, Norhayu yang menetap di Kampung Sungai Batu, di sini, berkata, dia banyak mengikut nasihat doktor dalam membesarkan anak kembarnya seperti melatih mereka bertutur.

Selain itu, Norhayu dan suami turut menghantar anak kembar ke sekolah harian dalam aliran Program Pendidikan Khas (PPK) untuk membolehkan mereka bergaul dan belajar cara menguruskan diri.

"Jika masuk kelas biasa, mereka tidak boleh ikut cara pembelajaran kanak-kanak normal dan akan ketinggalan. Lagipun, mereka tidak tahu membaca dan hanya kenal beberapa huruf saja.

"Mereka perlu dimasukkan ke aliran PPK dan memang nampak perubahannya kerana dalam kelas ada diajar cara urus diri. Di rumah, mereka seperti kanak-kanak lain, bermain dan menonton televisyen... cuma ada masanya lasak.

"Ketika kecil lagi mereka tidak boleh duduk diam, dan sebab itu dulu saya tidak bawa mereka ke rumah orang," katanya.

Selagi terdaya dan diberi kudrat, Norhayu akan menjaga anak syurganya sebaik mungkin walaupun mengakui amanah dipikul amat berat.

"Kadang kala ada rasa nak lari kerana penat memandangkan mereka bukan seperti kanak-kanak normal, namun saya menguatkan semangat dan diri dengan menganggap mereka adalah ujian, juga rahmat buat kami sekeluarga.

"Sebelum ini, saya ada kongsi perihal anak tetapi di Facebook (Fb) dan Instagram (IG) saja dan baru-baru ini muat naik video di TikTok untuk suka-suka kerana ikut trend. Tak sangka pula dapat perhatian ramai yang rata-ratanya memberi komen positif," katanya.




Disiarkan pada: Januari 19, 2023 @ 6:45am














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2023 11:32 AM | Show all posts
kembar ni semulajadi ka buatan? btw bapa depa comel pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.061068 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list