CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 1

[Pulau Pinang] Rasuah percutian di Langkawi, timbalan pengarah antara 4 direman

[Copy link]
Post time 18-1-2023 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Rasuah percutian di Langkawi, timbalan pengarah antara 4 direman


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 18, 2023 @ 6:26pm  bhnews@bh.com.my




Empat suspek termasuk dua pegawai Jabatan laut dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown untuk permohonan reman kes rasuah tajaan percutian ke Langkawi. - NSTP/ MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Dua pegawai Jabatan Laut Wilayah Utara termasuk seorang berpangkat timbalan pengarah antara empat ditahan reman bagi membantu siasatan kes rasuah dalam bentuk tajaan percutian ke Langkawi.

Perintah reman enam hari sehingga 23 Januari ini dikeluarkan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab selepas membenarkan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Semua suspek ditahan antara jam 4.30 petang hingga 10 malam selepas masing-masing dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang semalam.

Sumber SPRM memaklumkan, dua pegawai Jabatan Laut Wilayah Utara termasuk seorang wanita itu disyaki meminta dan menerima rasuah tajaan percutian ke Langkawi di Kedah iaitu dalam bentuk tiket penerbangan dan penginapan bernilai RM2,808.12 daripada dua lagi suspek yang ditahan.

Katanya, ia sebagai balasan kerana memilih dan memberikan kerja sebut harga di Jabatan Laut Wilayah Utara.

Dua lagi suspek yang direman hari ini masing-masing bekerja sebagai pengarah syarikat dan kontraktor, dengan semua empat individu berusia antara 30 hingga 52 tahun kini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.
Permohonan reman dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan semua suspek diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangaan (YBGK).










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2023 07:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.150991 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list