CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Tidak perlu perbesarkan, cukup setakat ini sahaja' - Fawwaz

[Copy link]
Post time 18-1-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode
'Tidak perlu perbesarkan, cukup setakat ini sahaja' - Fawwaz

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI18 Januari 2023  03:38pm






Muhammad Fawwaz




GEORGETOWN - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mat Jan meminta agar semua pihak tidak memperbesarkan isu berhubung kenyataan dimuat naik di Facebooknya yang mendakwa orang kafir berusaha untuk menjatuhkan agama Islam.

Beliau berkata, ini kerana kenyataan tersebut dibuat oleh bekas pengendali Facebook rasminya dan individu berkenaan telah pun membuat permohonan maaf selain kenyataan tersebut sudah dipadamkan.

"Saya mohon agar perkara ini tidak diperbesarkan kerana ia kesilapan yang sudah dijelaskan, malah beliau (pengendali Facebook) sudah memohon maaf secara terbuka dan juga kepada saya.

"Saya tidak mahu pengendali tersebut berasa bersalah. Saya pun dah maafkannya. Oleh itu, saya tidak mahu ulas lebih panjang kerana isu pun sudah selesai," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Muhammad Fawwaz menambah, berlaku kesilapan ketika hantaran dibuat namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Kenyataan itu bukan saya yang buat, tetapi bekas pengendali Facebook saya (yang tulis). Yang mohon maaf pun, bukan saya tetapi bekas pengendali. Biarlah, perkara pun dah selesai.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya mohon isu ini tidak diperbesarkan, cukup setakat ini sahaja," katanya.

Sebelum ini, satu kenyataan telah dimuat naik di Facebook Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan iaitu 'Dalam sirah belum pernah ada sejarah kafir ada keinginan untuk memartabatkan agamamu wahai Muslim, tetapi menjatuhkan agamamu selalu diingatkan dalam al-Quran.'




Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan tulisan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam buku Fiqh al-Harakah.

Susulan dari itu, satu komen dipercayai dibuat bekas pengendali Facebooknya memohon maaf di atas kecuaiannya.

"Saya memohon beribu kemaafan di atas kecuaian dan kekhilafan yang berlaku, posting ini tidak berniat untuk menyingung perasaan mana-mana pihak atau perkauman.

"Posting ini juga bukan daripada YB tetapi daripada admin yang bertugas. Kenyataan ini tidak ada kaitan dengan YB Ustaz Fawwaz dan tanpa pengetahuan YB," katanya di ruangan komen.

Bagaimanapun, kenyataan dan komen tersebut sudah tidak lagi boleh diakses.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.497484 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list