CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Pulau Pinang] JKDM Pulau Pinang rampas lebih 1.6 tan mercun, bunga api

[Copy link]
Post time 18-1-2023 01:51 PM | Show all posts |Read mode
JKDM Pulau Pinang rampas lebih 1.6 tan mercun, bunga api


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang, Hamisan Kalip (duduk dua dari kiri) menunjukkan barangan rampasan mercun dan bunga api serta skuter elektrik dan unit dapur memasak hob dalam tiga kes berasingan ketika sidang media di Stor Penguatkuasaan JKDM Bagan Jermal di sini. FOTO DANIAL SAAD




Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas lebih 1.6 tan mercun dan bunga api pada serbuan di hadapan sebuah premis di Georgetown dekat sini, 9 Januari lalu.

Pengarah JKDM negeri, Hamisan Kalip berkata, pada serbuan jam 4.30 pagi itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki terdiri daripada penjaga stor, pemandu lori serta kelindan berusia 30 hingga 42 tahun.

"Ketika serbuan, ketiga-tiga suspek sedang memunggah dagangan daripada sebuah lori.

"Pemeriksaan menemui 463 kotak mercun dan bunga api dianggarkan bernilai keseluruhan lebih RM140,000," katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal di sini, hari ini.

Hamisan berkata, siasatan awal mendapati, mercun dan bunga api itu dibawa masuk melalui negara jiran menggunakan pengangkutan darat sebelum dijual sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

"Sindiket membawa masuk mercun dan bunga api terbabit melalui jalan laut sebelum ia dipindahkan menggunakan pengangkutan darat di negara ini tanpa membuat pengikraran sah.

"Siasatan lanjut berkaitan sindiket ini masih berjalan. Tiga suspek terbabit juga sudah dibebaskan dengan jaminan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.


Disiarkan pada: Januari 18, 2023 @ 1:30pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070708 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list