CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2654|Reply: 25

"Siapa Tak Suka, Jangan Tengok," Ikmal Amry Tak Peduli Dikecam Tayang Badan Dalam Filem Pulau

[Copy link]
Post time 18-1-2023 09:31 AM | Show all posts |Read mode
“Siapa tidak suka, jangan tengok. Tiada paksaan untuk menonton filem tersebut.”


Demikian respons pelakon Ikmal Amry yang turut terlibat dalam filem Pulau yang dikecam ramai ketika ini.


Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Mohd. Zulikmal Amry Ghazali, 29, itu tidak terbabit secara langsung dalam pembikinan beberapa babak ‘berani mati’ tersebut.


Foto: IG




“Saya tidak terlibat dalam babak yang bukan-bukan dalam filem tersebut.


“Saya hanya terbabit dalam babak membuka baju sebab untuk berenang,” katanya kepada Kosmo! Online.


  



Ditemui semasa sidang akhbar Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya, Ikmal menambah, penonton boleh memilih genre filem bersesuaian dengan minat masing-masing tanpa perlu terlebih dahulu menghakimi sesebuah karya.


“Dalam YouTube pun banyak babak ‘panas’ sebegitu. Kalian boleh memilih untuk tidak perlu menonton.


“Apabila sudah meninggalkan komen, maksudnya kalian memilih untuk menonton video sebegitu,” jelasnya.




  



Sejak semalam, filem Pulau dikecam hebat menerusi gelanggang Twitter susulan didakwa memaparkan banyak adegan tidak bermoral dan menampilkan pelakon-pelakon dengan imej mencolok mata.


Rata-rata netizen yang telah menyaksikan trailer Pulau sejak beberapa harik lalu juga tertanya-tanya bagaimana filem sedemikian mampu melepasi tapisan Lapisan Penapis Filem (LPF).




  



  



“Bila idea kering kontang, tetapi rasa diri berseni dan mahu buat filem. Akhirnya, ambil artis untuk ‘jual badan’ menjadi pelakon sebagai pelaris.


“Filem Malaysia sepatutnya membudayakan nilai ketimuran yang sopan dan bersih. Tetapi mengangkat babak yang tidak senonoh pula. Malu apabila menonton trailer filem tersebut,” demikian luahan netizen tentang filem Pulau yang bakal menjengah pawagam pada 9 Mac nanti. -CARI


Sumber:Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 09:37 AM | Show all posts
Baguslah, biar ramai-ramai tak tengok pun filem tu then flop
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:47 AM | Show all posts
Jawapan nya cuba la best sikit, ni mcm jawapan, kalau tak suka silakan keluar negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 02:42 PM | Show all posts
hohoho.. filem belum keluar, dah berani keluar statement takyah tgk. pengarah producer tak marah ke bg statement cenggitu. fail PR skill.

kalau flop, habislah. klu untung, bleh la dia ckp netizen suka nak tgk sebenarnya.ekekkeekeke

tp salah LPF la pun klu bagi lepas kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 02:59 PM | Show all posts
adoiii............kau sepatutnya ambil lak kesempatan utk promote film ni bukan bagi statement mcm tu or kau ckp la "saya seru semua peminat film tanah air datang beramai ramai tonton film ni baru boleh faham pengisian jalan cerita dan kenapa saya tayang badan".
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis ni memang asal kelas belakang eh x pernah cerdik bg statement
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyesalan buat produser dan pengarah ambik budak ni lakon.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 03:14 PM | Show all posts
cantik wife dia, anak pun comel..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi sombong namataey. Kang kejap lagi memang takde org tengok ko sendiri jugak yg malu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
anyway kalau best pon cerita ni nanti, iols nak tengok secara haram. Kosser la nak support pelakon takde otak camni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 03:44 PM | Show all posts
tayang badan pun tetap lah terbayang lubang jamban yang berserabut macam tandas awam caj percuma... macam ekzos lori buruk yang dah bertahun tak servis... choiii baik kaka kalih tengok channel animal planet jah... ponen2 gersang pun kata lubsjubs singa dalam dokumentari tu lagi bersih dan berair deorang tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg menarik cerita ImagiNur lakonan Beto & DD. Teringat cerita Istanbul Aku datang. Ada vibe2 cerita mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 03:49 PM | Show all posts
Be careful what you wish for, kang betul2 flop semua producer tak nak amik kau belakon baru padan muka. Memang rezeki bukan datang dari producers atau peminat, tapi kau sendiri yang macam tabur pasir kat periuk sendiri. Sukati kau la, tapi aku kalau stream haram pun macam tak berminat nak tengok kalaupun dia ni tak keluar statement camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Secara haram pun tak hingin nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 04:43 PM | Show all posts
Berlakon pun masih kayu, tapi dah berani keluar statement macam tu.

Rasa rugi pulak Alif ada berlakon sama, tapi awal-awal dah kena pangkah filem ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sygnya rupa bdn herlok, PR fail. Btw i nk tgk bdn heols, tp nk yg free sajork
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 04:57 PM | Show all posts
tAK TAYANG LUBANG JUBO KE MCM KAT TWIDDER? EKEKEKE
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Vangang retis nieyh. Kekdahnyer nak flopkan filem lakonan sendiri. Memang iols tanak tengok pon, vibe copypaste filem hollyweird ittuew haruslah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 18-1-2023 04:57 PM
tAK TAYANG LUBANG JUBO KE MCM KAT TWIDDER? EKEKEKE

Kenapa heols tayang lubsjubs? 2 alam ker? Nak cari kastemer?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh...tadi baca amelia th punya statement pon camni gak...mesti yg berlakon pilem ni retis kelas belakang nasiblah produser
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.084573 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list