CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Pulau Pinang] Laporan EIA Taman Teknologi Pulau Pinang diluluskan dengan syarat ketat

[Copy link]
Post time 17-1-2023 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Laporan EIA Taman Teknologi Pulau Pinang diluluskan dengan syarat ketat



Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 17, 2023 @ 4:59pm bhnews@bh.com.my





Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang Sharifah Zakiah Syed Sahab (tiga dari kiri) ketika sesi taklimat berhubung kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi cadangan pembangunan kawasan perindustrian Taman Teknologi Pulau Pinang (Parcel 1A) Bertam, Kepala Batas. NSTP/ Ihsan JAS Pulau Pinang




KEPALA BATAS: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang meluluskan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi cadangan pembangunan kawasan perindustrian Taman Teknologi Pulau Pinang (Parcel 1A) di Bertam, di sini dengan syarat ketat yang perlu dipatuhi pemaju.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata sebelum itu, pihaknya menerima empat kali laporan EIA berhubung pembangunan projek berkenaan dan ia hanya diluluskan pada 23 Disember lalu selepas JAS berpuas hati dengan langkah-langkah kawalan serta beberapa penambahbaikan.

Katanya, antara sebab kelulusan diberikan ialah apabila komponen asrama pekerja yang awalnya dicadangkan telah dikeluarkan daripada cadangan berikutan pelbagai bantahan daripada penduduk setempat.

"Selain itu, kelulusan juga dipertimbangkan selepas pemaju menyatakan kesediaan untuk menempatkan industri berteknologi tinggi dengan pelepasan sifar.

"Laporan EIA cadangan projek ini membabitkan pelbagai agensi teknikal, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Panel Pengulas Pakar yang dilantik oleh JAS bagi memastikan bahawa ia dinilai secara telus dan komprehensif," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, JAS negeri mengadakan sesi taklimat berhubung kelulusan EIA projek terbabit dengan dihadiri pemaju iaitu Lestari Duta Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan Invest Penang.

Jelasnya, walaupun laporan EIA sudah diluluskan, pihak pemaju perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JAS.

"Antara isu yang diberi penekanan oleh pihak JAS adalah keperluan menaik taraf jalan dan persimpangan ke kawasan Bertam yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan trafik apabila projek berjalan kelak.

"Penaiktarafan ini selaras dengan hasil kajian impak trafik yang diluluskan terdahulu oleh Jabatan Kejuruteraan, MBSP," katanya.

Dalam pada itu, Sharifah Zakiah berkata, JAS negeri juga mensyaratkan supaya hanya industri bersih, hijau dan berteknologi tinggi serta tidak mencemar sahaja dibenarkan, selain semua industri yang ditempatkan di sini, perlu mendapat kelulusan agensi itu terlebih dahulu.

"Turut disyaratkan adalah amalan pelepasan sifar bagi semua plot-plot industri. Pelepasan sifar dari industri disyaratkan bagi memelihara kualiti air sungai sedia ada yang turut menempatkan cadangan muka sauk (takat pengambilan air) milik PBAPP.

"Projek ini juga disyaratkan untuk mengutamakan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat dan rakyat tempatan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan penduduk sekitar Bertam membantah cadangan projek Taman Teknologi Pulau Pinang termasuk pembinaan kuarters penginapan pekerja berpusat (CLQ).

Ia selepas mereka bimbang wujud pelbagai masalah sosial dan kesihatan di kawasan itu kelak sebaik projek dilaksanakan.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.331885 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list