CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Bulan Jun masa terbaik untuk PRN' - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 17-1-2023 03:52 PM | Show all posts |Read mode
'Bulan Jun masa terbaik untuk PRN' - Kon Yeow

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI17 Januari 2023 02:54pm






Kon Yeow




GEORGETOWN - Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berpandangan bulan Jun adalah masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pemimpin PH negeri yang bermesyuarat Ahad lalu bersetuju bahawa bulan itu adalah terbaik kerana tempoh waktu singkat bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kami (PH Pulau Pinang) mempunyai cadangan sendiri dan bulan Jun adalah masa terbaik.

"Sebenarnya kita boleh umumkan lebih awal tarikh PRN, mungkin dalam Januari atau Februari bahawa kita akan adakan PRN dalam bulan Jun dan bukan dalam waktu terdekat, supaya semua pihak bersedia," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam 2023 di Dewan Sri Pinang di sini pada Selasa.

Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bahawa DUN negeri itu dijangka dibubarkan pada Mei bagi memberi laluan kepada PRN.

Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata, ia berdasarkan perbincangan tidak rasmi dengan menteri besar dan ketua menteri di enam negeri berkenaan sebelum menghadiri Majlis Raja-Raja baru-baru ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut membayangkan PRN mungkin akan diadakan sama ada Mei atau Jun ini.




Ditanya sama ada mesyuarat pada Ahad lalu turut melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang untuk mencerminkan kerjasama di peringkat Persekutuan, Kon Yeow berkata, ia belum melibatkan pemimpin daripada parti tersebut.

"Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan BN di peringkat Pulau Pinang belum terjalin. Hubungan tersebut hanya di peringkat Persekutuan.

"PH Pulau Pinang masih belum menerima sebarang arahan daripada kepimpinan negara (mengenai kerjasama di peringkat negeri)," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.143426 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list