CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peniaga mengaku tak salah memperdagangkan lima warga Indonesia

[Copy link]
Post time 17-1-2023 01:52 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga mengaku tak salah memperdagangkan lima warga Indonesia

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN17 Januari 2023 01:08pm






Eng Lee menutup muka sebaik keluar dari Mahkamah Sesyen Butterworth pada Selasa.




BUTTERWORTH - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, atas lima pertuduhan memperdagangkan empat lelaki dan seorang wanita warga Indonesia pada Disember lalu.

Tertuduh, Ng Eng Lee, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, Eng Lee didakwa memperdagangkan kelima-lima mangsa berusia di antara 30 hingga 40 tahun bagi maksud mengeksploitasi aktiviti menyalahi undang-undang dengan cara penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Pusat Perniagaan Seri Juru dan sebuah rumah di Taman Seri Juru, Bukit Mertajam pada 22 Disember tahun lalu antara jam 2 pagi hingga 3.05 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Qatrin Nada Harun manakala tertuduh diwakili peguam, Benjamin Tan Yi Bin.

Sebelum itu, pihak pendakwa raya tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh namun Benjamin memohon agar jaminan diberikan berikutan tertuduh tidak berisiko untuk melarikan diri selain telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan
dijalankan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh mesti menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan kes.




Selain itu, mahkamah turut menetapkan 21 Februari depan untuk sebutan semula kes.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 1.096917 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list