CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

[Pulau Pinang] 4 lagi ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF

[Copy link]
Post time 17-1-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode
4 lagi ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



BEBERAPA ekor babi di salah sebuah ladang penternakan babi di Perkampungan Valdor yang merekodkan kes jangkitan penyakit demam babi Afrika (ASF). FOTO BERNAMA




Georgetown: Empat lagi ladang ternakan babi di Pulau Pinang merekodkan kes jangkitan penyakit demam babi Afrika (ASF) menjadikan jumlah keseluruhan ladang terkesan wabak itu sebanyak 11 setakat ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata ladang berkenaan masing-masing dua di Seberang Perai Selatan (SPS) dan dua di Seberang Perai Tengah (SPT) dengan penularan wabak itu boleh disifatkan semakin memburuk.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) masih meneruskan tugas persampelan dengan mengadakan lawatan ke ladang babi dan ketika ini sedang menunggu keputusan ujian daripada sebuah lagi ladang di Seberang Perai Utara (SPU) yang disyaki turut dijangkiti ASF.

"Bagi kes terbaharu ini, dua ladang di Valdor, SPS terletak bersebelahan manakala dua lagi ladang di SPT berada jauh di antara satu sama lain selain di SPT cuma ada empat ladang babi.

"Kita minta penternak memberi kerjasama sepenuhnya kepada JPV bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dalam usaha mencegah ASF daripada menjangkiti lebih banyak ladang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Sri Pinang hari ini.

Kon Yeow berkata, kerja-kerja melupuskan babi di tiga ladang di Valdor, SPS selesai membabitkan kira-kira 4,000 ekor dengan kerajaan negeri turut bertindak mencari tanah-tanah bersesuaian untuk tujuan pelupusan bangkai haiwan itu.

Tambahnya, ketika ini tiga ladang terbabit kosong sepenuhnya dan beliau mengingatkan bahawa tindakan menyembunyikan kes jangkitan ASF amat berbahaya dan meminta penternak melaporkan kepada JPV sekiranya ia berlaku di ladang mereka.

"Ada penternak cuba menguruskan wabak itu sendiri dengan tidak mahu melapor dan sebagainya. Ini amat bahaya kerana virus sudah berada di kawasan itu dan dianggar terdapat 250,000 babi diternak di seluruh Pulau Pinang.

"Tetapi untuk proses pelupusan memang ada pemilik uruskan sendiri jika bilangan adalah kecil misalnya membabitkan 200 hingga 300 kematian daripada jumlah ternakan sekitar 1,000 hingga 2,000 ekor," katanya.

Dalam perkembangan semasa Kon Yeow ketika mengulas mengenai pampasan kepada pemilik ladang memaklumkan keputusan mengenainya tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Pada Jumaat lalu, Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit ASF di negeri ini sebagai bencana selepas tujuh buah ladang ternakan komersil haiwan itu dijangkiti wabak berkenaan.

Tujuh ladang babi itu adalah lima di SPS dan dua di SPT dengan pengesahan penyakit dibuat melalui ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) yang dijalankan Makmal Veterinar Zon Utara Bukit Tengah pada 4 hingga 12 Januari lalu ke atas sampel babi dari ladang-ladang terbabit.




Disiarkan pada: Januari 17, 2023 @ 12:42pm


















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.167624 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list