View: 700|Reply: 0
|
Malaysia lakar kemenangan dramatik
[Copy link]
|
|
PARA pemain Malaysia meraikan kemenangan selepas menewaskan Chile pada Hoki Piala Dunia di Rourkela, India.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
17 Januari 2023, 7:30 am
ROURKELA: Malaysia menamatkan penantian 21 tahun untuk melakar kemenangan pertama di pentas Piala Dunia selepas bangkit menewaskan Chile 3-2 pada edisi 2023 di Stadium Hoki Birsa Munda semalam.
Kali terakhir Malaysian Tigers mencatat kemenangan sewaktu menewaskan Cuba 4-2 dalam aksi peringkat kumpulan pada edisi Piala Dunia 2002 di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, kemenangan itu tidak diraih dengan mudah apabila Malaysia terpaksa bangkit tiga kali untuk memenangi perlawanan bagi meletakkan sebelah kaki ke pusingan seterusnya.
Dalam aksi itu, Chile membuka tirai jaringan menerusi Juan Amoroso pada minit ke-20 sebelum Muhammad Razie Rahim mengikat kedudukan buat Malaysia enam minit kemudian.
PEMAIN Malaysia, Muhammad Shahril Saabah (dua kiri) cuba merampas bola dari Pemain Chile, Axel Richter pada Hoki Piala Dunia 2023 Bhubaneswar – Rourkela, India.
Martin Rodriguez kembali meletakkan Los Diablos di hadapan tiga minit kemudian sebelum Malaysia sekali lagi menyamakan kedudukan melalui Ashran Hamsani pada minit ke-41.
Penyerang lincah, Norsyafiq Sumantri muncul wira apabila meledak gol kemenangan Malaysia pada minit ke-42 selepas gol ketiga Chile dibatalkan pengadil ketika permainan berbaki tujuh minit lagi sebelum tamat.
Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut Malaysia dalam dua pertembungan ke atas Chile selepas pernah menewaskan wakil Amerika Selatan itu 5-1 sewaktu pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 di Dublin, Ireland.
Kini, Malaysia hanya perlu mengelak daripada tewas apabila berdepan New Zealand dalam aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Kalinga, Bhubaneswar pada Khamis ini.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/terkin ... emenangan-dramatik/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|