CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Kedah] Penoreh terpaksa bergolok-bergadai demi teruskan kehidupan

[Copy link]
Post time 17-1-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Nerang: Harga getah yang tidak stabil kebelakangan ini memberi kesan terhadap kehidupan penoreh yang terpaksa hidup ibarat kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Dengan kos perbelanjaan harian yang semakin tinggi, ada penoreh terpaksa menggadaikan barang kemas untuk kelangsungan hidup mereka.

Penoreh, Sarimah Ismail, 58, berkata, kehidupan keluarga penoreh getah bertambah susah sejak berlaku kenaikan harga barang sehingga ada yang bergolok-bergadai.

Katanya, ini kerana harga getah sekarang hanya RM2.20 sekilogram (kg) sedangkan barangan dapur naik melonjak.

"Kami menoreh tapi bila hujan kami nak ambil duit mana, hujan seminggu hingga dua minggu, getah sekerap murah lepas itu kena bergadai, nak buka sekolah pula ni.

"Saya kena himpun getah sekerap sikit-sikit untuk beli barang, kalau tak himpun macam mana saya nak beli barang," katanya yang tinggal di Kampung Pisang, di sini.

Masalah sama dihadapi Mohd Nizam Razali, 46, apabila dia hanya menoreh secara pawah dengan perlu membahagi dua setiap hasil jualan getah.

Katanya, dia terpaksa melakukan kerja sampingan lain untuk menampung perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak.

"Pendapatan teruk sekarang, bulan ini baru sekali jual, sekali jual dapatlah RM300 bahagi dua dapat RM150 dalam sebulan.

"Saya buat kerja lain seperti tabur baja, menebas dan meracun, kalau tak memang tak cukup. Anak seorang pun tak cukup kalau anak yang ramai empat lima orang lagilah," katanya dari Kampung Barokhas, di sini.



ZAIDI mengharapkan kerajaan mengkaji semula harga getah supaya seimbang dengan kenaikan harga barangan. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Penoreh, Zaidi Abdullah, 48, pula berharap sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula harga getah supaya seimbang dengan kenaikan harga barangan hari ini.

Dia berkata, mereka terpaksa menanggung kenaikan harga baja dan racun sehingga sukar membeli baja atau racun bagi menambahkan pengeluaran susu getah.

Katanya, keadaan hari ini bertambah perit dengan hujan yang sering melanda sehingga mereka terpaksa 'gantung pisau'.

"Kebanyakan macam isteri yang masuk (ambil pinjaman) Amanah Ikhtiar, setiap minggu kena bayar jadi kalau mengharapkan getah semata-mata memang tak boleh. Kalau nak banding dengan zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu kira hebatlah, RM6 sekilogram orang nak beli pun pakai resit getah saja, sekarang ni apa pun tak laku.

"Saya harap kerajaan seelok-eloknya dapat mempertingkatkan hasil penoreh, di daerah Padang Terap ini ada projek Rubber City, apa faedahnya Rubber City jika pendapatan penoreh tak boleh buat apa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-kehidupan-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.060088 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list