CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lebih 50 peratus taska, pusat asuhan operasi secara haram

[Copy link]
Post time 16-1-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 50 peratus taska, pusat asuhan operasi secara haram

oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN   16 Januari 2023    01:59pm






Chong Eng (tiga dari kiri) ketika mendengar keluhan dan pandangan pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak Seberang Perai dalam sesi libat urus yang diadakan di sebuah hotel di Perai pada Isnin.




BUKIT MERTAJAM - Lebih 50 peratus taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan pusat jagaan kanak-kanak (PJKK) di Pulau Pinang didapati beroperasi secara haram selain telah tamat perakuan pendaftaran.

Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Chong Eng berkata, berdasarkan data yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat Januari 2023, jumlah taska yang berdaftar adalah sebanyak 121 buah dan tidak berdaftar sebanyak 65 buah termasuk taska yang telah tamat perakuan pendaftaran.

Menurutnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengusaha taska tidak berdaftar antaranya kos dan bayaran fi tukar guna premis selain perlu mendapat kelulusan daripada tiga agensi teknikal iaitu pihak berkuasa tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan sebelum sesebuah pendaftaran itu diluluskan.

Bagaimanapun jelasnya, dalam usaha memastikan pengusaha taska mendaftarkan perniagaan mereka, kerajaan negeri telah memberi beberapa kelonggaran dan bantuan.

"Pendaftaran pusat-pusat ini adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kebajikan anak-anak yang menerima jagaan di pusat-pusat tersebut dilindungi oleh Akta-akta Pusat Jagaan.

"Pengasuh, taska dan pusat jagaan yang telah berdaftar perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak terjamin sepanjang tempoh jagaan mereka," katanya ketika berucap pada sesi libat urus bersama pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak Seberang Perai di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar diberi tempoh sehingga penghujung Jun depan untuk menyelesaikan urusan pendaftaran dan sekiranya gagal mereka boleh dikenakan kompaun dan tindakan penutupan operasi akan dilakukan oleh JKM.

Sementara itu, Chong Eng berkata, kerajaan negeri telah menyalurkan pelbagai sumbangan dan geran bagi tujuan membantu pengusaha-pengusaha dalam menambah baik pengurusan dan pengoperasian taska dan pusat jagaan masing-masing.




Jelasnya, pada 2021 dan 2022, geran penubuhan baharu dan geran naik taraf yang masing-masing berjumlah RM300,000 setahun telah disalurkan kepada lebih 20 taska dan PJKK di seluruh negeri Pulau Pinang.

"Pada tahun ini, kerajaan negeri berhasrat lagi untuk membantu pengusaha-pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berminat membuka taska atau pusat jagaan baharu.

"Pengusaha boleh membuat permohonan melalui JKM Negeri Pulau Pinang setelah permohonan dibuka kelak," katanya.

Selain itu, Chong Eng berkata, kerajaan negeri turut komited dalam membantu golongan ibu bapa yang berpendapatan B40 dalam memberikan subsisi yuran sebanyak RM50 bagi seorang kanak-kanak untuk bantuan bayaran yuran bulanan di taska dan pusat jagaan yang tidak melebihi RM500 sebulan.

Katanya, taska dan pusat jagaan yang mengenakan yuran di bawah harga RM500 sebulan juga layak untuk memohon sumbangan secara one-off sebanyak RM1,000 setiap tahun kerana usaha meletakkan caj yuran bulanan rendah bagi membantu ibu bapa terutamanya dari golongan berpendapatan B40.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.583573 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list