CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sub kontraktor TM antara 19 ditahan curi kabel

[Copy link]
Post time 16-1-2023 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Sub kontraktor TM antara 19 ditahan curi kabel

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   16 Januari 2023    01:40pm






Mohd Shuhaily menunjukkan kabel yang dirampas pihaknya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Georgetown pada Isnin.




GEORGETOWN - Seorang sub kontraktor Telekom Malaysia (TM) ditahan bersama 13 pekerjanya selepas terlibat dalam kegiatan curi kabel milik syarikat tersebut melibatkan kerugian sebanyak RM910,448 di Pulau Pinang dan Kedah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, selain mereka, polis turut menahan lima individu warga tempatan termasuk seorang wanita yang merupakan pembeli kepada sindiket curi kabel tersebut di Sungai Petani, Kedah.

Kata beliau, kesemua 19 individu yang ditahan itu berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun dan berasal dari Kedah.

Menurutnya, tangkapan pertama dibuat ke atas 11 lelaki termasuk sub kontraktor berkenaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanjung Bungah di sini pada jam 2.40 pagi, 10 Januari lalu.

"Ketika ditahan, kesemua mereka sedang memotong dan mengeluarkan kabel bawah tanah.

"Mereka menggunakan alat khas yang dipasang pada lori untuk menarik kabel dari bawah tanah sebelum memotongnya untuk dijual," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Mohd Shuhaily berkata, kesemua mereka ditahan selepas Telekom Malaysia membuat laporan polis susulan menerima aduan daripada pengguna mengenai gangguan perkhidmatan internet di kawasan tersebut.

"Selepas menerima laporan, polis menjalankan pemeriksaan ke atas pekerja tersebut dan mendapati, mereka semua gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah.




"Modus operandi kumpulan ini adalah mencuri kabel bawah tanah melalui 'man hole' dengan menyamar sedang membuat tugas selenggara kabel Telekom Malaysia untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Kesemua kabel yang dicuri dibawa ke tapak pelupusan di Sungai Petani dan Kuala Ketil, Kedah menggunakan lori," katanya.

Ujar beliau, harga setiap kilogram tembaga yang terdapat dalam kabel berkenaan adalah RM30.

Dengan penahanan tersebut katanya, sebanyak 27 kes curi kabel berjaya diselesaikan iaitu 17 kes di Pulau Pinang dan 10 di Kedah.

"Kita turut merampas beberapa barangan daripada tangkapan antaranya sebuah lori, tiga buah kereta, 65 batang kabel, empat pemotong besi, empat pemotong paip, dua cangkuk besi, gergaji dan tukul besi. Jumlah nilai kesemua barangan yang dirampas adalah RM150,000," katanya.

Menurut beliau lagi, ujian saringan air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif dadah jenis syabu.

"Semakan rekod jenayah pula mendapati, 14 daripada mereka mempunyai antara dua hingga 12 rekod melibatkan kesalahan dadah dan jenayah. Kesemua tangkapan direman untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.064904 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list