CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 0

'Makhluk asing' juara Terbuka Malaysia lagi

[Copy link]
Post time 16-1-2023 09:06 AM | Show all posts |Read mode

AXELSEN menjuarai Terbuka Malaysia selepas mengalahkanNaraoka. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki Denmark, Viktor Axelsen yang disebut-sebut sebagai 'mahluk asing' oleh warga badminton dunia menjadi pemain Eropah pertama berjaya memenangi Terbuka Malaysia secara berturut-turut apabila muncul juara edisi 2023.

Dalam perlawanan akhir di Axiata Arena sebentar tadi Axelsen tidak berdepan masalah untuk menumpaskan wakil Jepun, Kodai Naraoka 21-6, 21-15 bagi mempertahankan kejuaraan.

Menurut pemain berusia 29 tahun itu, dia berasa sangat luar biasa dapat muncul juara sekali lagi di Axiata Arena dan berjaya memberikan aksi konsisten.

"Tiada rahsia untuk memenangi kejohanan ini, saya hanya cuba melakukan yang terbaik apabila setiap kali turun ke gelanggang bermula pusingan pertama.

"Sejak dahulu lagi ,kejohanan ini amat dekat dengan saya. Saya gembira apabila sekali lagi dapat memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia," kata Axelsen sejurus tamat perlawanan.

Axelsen yang juga pemain nombor satu dunia berjaya meraih AS$87,500 (RM379,312), manakala Naraoka yang sebelum ini memalukan dua perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong membawa pulang AS$42,500 (RM184,237).

Sementara itu bagi perlawanan beregu lelaki, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia berada di kelas tersendiri selaku pasangan nombor satu dunia selepas menang ke atas wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-18, 18-21, 21-13.

Bagi saingan perseorangan wanita, pemain nombor satu dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi merangkul gelaran Terbuka Malaysia pertama dalam karier selepas berhempas pulas menewaskan pemain muda Korea Selatan, An Se Young 12-21, 21-19, 21-11.

Gelaran beregu wanita pula menjadi milik juara dunia tiga kali dari China, Chen Qing Chen-Jia Yifan apabila mudah menjinakkan gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim menerusi aksi straight set 21-16, 21-10.

Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China meneruskan penguasaan dalam beregu campuran pada Terbuka Malaysia apabila merangkul gelaran keempat berturut-turut selepas mengenepikan cabaran wakil Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 21-11.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rbuka-malaysia-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.098874 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list