CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Perlis] Sahil jadi Kenny G Perlis

[Copy link]
Post time 15-1-2023 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Sahil jadi Kenny G Perlis


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Syed Sahil sudah mula menunjukkan profesionalismenya dalam meniup saksofon yang membawanya melakukan persembahan di serata tempat di negara ini dan luar negara. FOTO AIZAT SHARIF




Kangar: Kehebatannya dalam bermain saksofon di majlis keramaian sama ada di Perlis atau Kuala Lumpur menyebabkan ada yang menggelarnya menggelarnya sebagai 'Kenny G Perlis' sempena nama pemain saksofon terkenal dunia, Kenny G.

Tambahan pula, di saat rakan seusianya lebih menggemari bermain alat muzik seperti gitar, drum serta piano, Syed Sahil Iskandar Syed Shafrizam, 21, lebih senang meniup saksofon sebagai usahanya untuk menjadi pemuzik dan peniup saksofon terbaik negara seperti komposer, Datuk Seri Ahmad Nawab, konduktor orkestra muzik, Jaafar Abdul Rahman@Idris atau JARI dan pemuzik jazz terkenal, Razak Rahman.

Malah, langkah anak kepada pasangan Syed Shahfrizam Syed Sharifudin, 46 dan Nur Faridah Thibroni, 41 yang berkelulusan Diploma Muzik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu turut membawanya melakukan persembahan sama ada secara berkumpulan atau solo di pelbagai majlis keramaian sama ada secara solo atau berkumpulan.

Syed Sahil Iskandar atau lebih mesra dikenali sebagai Sahil berkata, dia bermula meniup saksofon adalah pada Tingkatan Satu ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

"Ketika waktu itu, kita harus memilih untuk subjek Ko-Kurikulum dan ada rakan saya mengajak saya menyertai pancaragam sekolah itu jadi saya pun menerima pelawaan itu.

"Dalam pancaragam ini pula banyak instrumen atau alat muzik yang harus dipelajari oleh pelajar dan disebabkan fizikal badan tinggi, guru meminta saya meniup saksofon.

"Pada mulanya, agak kekok juga kerana meniup saksofon ini mencabar disebabkan ia memerlukan kawalan pernafasan yang betul kerana kita boleh menjadi penat.

"Namun dengan apa yang diajarkan oleh guru, saya berjaya mempelajari dan meniupnya dengan baik meskipun di peringkat itu hanya bermain saksofon asas," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Bahagia di Jalan Raja Syed Alwi, di sini.

Katanya, bermula dari itu, sekolahnya kemudian banyak menjuarai pertandingan pancaragam peringkat negeri selain dijemput menyertai untuk membuat persembahan di pelbagai pertandingan atau majlis peringkat kebangsaan.

"Kami (pancaragam SMK Perlis) pernah menyertai 'Street Parade: Kuala Lumpur International Youth Marching Band Competition' di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 2015 sebelum dijemput menyertai Red Sonata Festival di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak.

"Malah, pencapaian kami yang membanggakan adalah apabila dijemput mewakili Malaysia menyertai pertandingan pancaragam peringkat dunia di Rizhou dan Beijing, China pada 2019.

"Saya kini menggunakan tenor saksofon berbeza dengan saksofon asas. Saya begitu meminati muzik berentak jazz dan ska punk dan selain Kenny G, saya juga mengagumi pemain saksofon jazz antarabangsa, Chad LB dari Amerika Syarikat" katanya," katanya.


Disiarkan pada: Januari 15, 2023 @ 12:42pm


















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.060857 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list