CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ribuan tanglung merah di Jalan Raja Uda tarik perhatian orang ramai

[Copy link]
Post time 15-1-2023 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Ribuan tanglung merah di Jalan Raja Uda tarik perhatian orang ramai

Januari 15, 2023 @ 11:09am



Lebih 10,000 tanglung berwarna merah menghiasi jalan sepanjang empat kilometer di Jalan Raja Uda di Butterworth sempena Tahun Baharu Cina. NSTP/DANIAL SAAD



BUTTERWORTH: Lebih 10,000 tanglung sutera merah digantung di Jalan Raja Uda di sini, bagi menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina dan memeriahkan lagi perayaan itu pada 22 Januari ini.

Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Datuk Seri Hong Yeam Wah, berkata tanglung dari China bernilai keseluruhan kira-kira RM350,000 itu dinyalakan mulai 8 Januari lalu hingga hari ke-15 Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, kos memasang lentera kertas itu adalah sumbangan kerajaan negeri, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Kumpulan Tan Wah.

"Tanglung dipasang sepanjang kira-kira empat kilometer itu bermula dari simpang selatan Jalan Telaga Air ke seluruh Jalan Raja Uda, yang juga lokasi terdapatnya banyak kedai makan.

"Gantungan tanglung ini dapat menyemarakkan lagi semangat Tahun Baharu Cina iaitu Tahun Arnab dalam kalangan penduduk di sini," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Tah Wah berkata, pemasangan tanglung itu adalah tradisi komuniti Butterworth sejak 2009 bermula dengan hanya 5,000 tanglung.

Beliau berkata, pada 2015, Jalan Raja Uda dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana menggantung 10,000 tanglung sepanjang 3.5 kilometer.

"Kami melakukan tradisi ini secara tahunan hingga dua tahun lalu terpaksa dihentikan ekoran tercetusnya wabak virus COVID-19.

"Pada tahun ini semua kembali normal dan kami gembira dapat menghidupkan kembali tempat ini pada musim perayaan ini," katanya.

Selain itu, Yeam Wah berkata, peniaga pasar malam di Kuil Tow Boo Keong menerima kedatangan lebih ramai pengunjung dengan 10,000 lentera berkenaan menerangi Jalan Raja Uda.

"Terdapat lebih 200 gerai menjual barangan seperti pencuci mulut, biskut tradisional, pakaian dan perhiasan yang beroperasi di pasar malam itu tahun ini setiap hari dari jam 7 hingga 10 malam," katanya.

Sementara itu, peniaga pasar malam, Lim Chin Tat, 23, berkata pemasangan 10,000 tanglung itu menarik orang ramai ke gerainya.

"Pada hujung minggu, ramai orang datang melihat tanglung yang cantik ini dan akan singgah di gerai saya untuk membeli perhiasan untuk rumah mereka.

"Saya bersyukur atas usaha dilaksanakan pihak berkuasa dalam meningkatkan perniagaan kami," katanya.– BERNAMA










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.534450 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list