CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penagih dicekup selepas dua hari ragut wanita

[Copy link]
Post time 15-1-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Penagih dicekup selepas dua hari ragut wanita

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   15 Januari 2023    10:45am






Antara barangan yang dirampas daripada suspek. Suspek direman lima hari untuk bantu siasatan.




GEORGETOWN - Seorang penagih dadah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian ragut di tepi jalan di Lorong Selamat yang berlaku pada 12 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 12.15 tengah malam, Sabtu.

Menurutnya, suspek yang merupakan seorang lelaki ditahan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di kawasan Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis syabu. Suspek juga mempunyai lima rekod jenayah lampau.

"Suspek juga terlibat dengan dua kes samun ragut di bandar ini bagi tahun ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Soffian, suspek kini direman lima hari sehingga 18 Januari ini untuk siasatan lanjut.

"Kita merampas beberapa barangan antaranya dua buah telefon bimbit, baju, topi keledar, tiga kad bank dan wang tunai.

"Motosikal jenis Yamaha Lagenda juga disita untuk tujuan siasatan," katanya.




Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun dengan mendatangkan kecederaan.

Sebelum ini, tular satu klip video yang diambil daripada kamera papan pemuka sebuah kereta yang memaparkan seorang wanita diragut oleh seorang suspek lelaki yang menunggang sebuah motosikal berwarna hitam di Lorong Selamat di sini.

Susulan daripada itu, polis giat mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Suspek seorang lelaki yang menaiki motosikal Yamaha Lagenda berwarna hitam dilihat datang dari arah belakang dan menghampiri mangsa lalu meragut beg tangan yang dibawanya.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa seorang wanita mengalami kerugian yang dianggarkan RM2,800 selain mengalami lebam di tangan kanannya akibat beg tangannya direntap oleh suspek.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048002 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list