CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Pulau Pinang] Roti Canai Jalan Transfer mohon maaf, janji tak buat lagi

[Copy link]
Post time 15-1-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode

KEDAI roti canai warisan di Jalan Transfer, George Town kembali diserbu pelanggan setianya sejak Selasa lalu.



GEORGE TOWN – Pengusaha roti canai warisan di Jalan Transfer di sini berjanji tidak akan mengulangi kesilapan selepas diarah tutup operasi sementara pada 2 Januari lalu kerana gagal menepati piawaian kebersihan.

Shahjahan Abdul Hamid, 51, berkata, meskipun terpalit de­ngan video tular dan tindakan penutupan operasi minggu lalu namun dia tetap bersyukur yang gerai berusia 90 tahun itu masih mendapat sambutan daripada pelanggan yang juga penggemar menu signatur Pulau Mutiara itu.

Katanya, pembukaan semula premis itu pada Selasa lalu telah menggamit kehadiran kira-kira 70 peratus pelanggan tempatan termasuk dari luar Pulau Pinang.

“Janji tak akan buat silap lagi. Alhamdulillah, pelanggan tetap dan baharu masih datang untuk menikmati roti canai warisan.

“Walaupun hanya 30 peratus pelanggan berkurang, namun ia langsung tidak menjejaskan perniagaan kami ketika ini,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Katanya, kebiasaannya kira-kira 800 keping roti canai akan habis dijual setiap Sabtu dan Ahad, manakala hari biasa sebanyak 300 keping.

Mengulas mengenai nasib penebar roti canainya yang tular di media sosial baru-baru ini, Shahjahan berkata, lelaki berusia 67 tahun itu telah dinasihatkan supaya berehat.

“Pekerja warga emas warga tempatan itu sudah 40 tahun berkhidmat sebagai penebar roti canai di sini dan saya merasakan sudah tiba masanya dia berehat. Setiap orang tidak lari daripada kesilapan atau kecuaian. Saya sekali lagi memohon maaf kepada para pelanggan,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, akhbar Kosmo! melaporkan, premis roti canai popular itu diarah tutup operasi sementara selama dua minggu oleh Kementerian Kesihatan selepas pemiliknya gagal menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Terdahulu, tular satu video di TikTok yang memaparkan aksi seorang penebar roti canai di premis tersebut yang dilihat menggunakan telur ayam tanpa dibasuh terlebih dahulu selain mencampurkan bersama telur yang pecah.

KEDAI roti canai warisan di Jalan Transfer, George Town kembali diserbu pelanggan setianya sejak Selasa lalu.

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... anji-tak-buat-lagi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.071001 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list