CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 1

[Pulau Pinang] Sisa daging babi bertaburan atas jalan untuk dilupuskan

[Copy link]
Post time 14-1-2023 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Sisa daging babi bertaburan atas jalan untuk dilupuskan

oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN   14 Januari 2023    09:41pm






Sisa daging babi yang dilaporkan bertaburan di Jalan Pokok Tampang menghala ke Lahar Yooi di Kepala Batas pada pagi Sabtu.




KEPALA BATAS - Polis mengesahkan sisa daging babi yang dilaporkan bertaburan di Jalan Pokok Tampang menghala ke Lahar Yooi di sini, pagi Sabtu adalah hasil dari pusat penyembelihan untuk dibawa ke tempat pelupusan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 6 pagi.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan sisa-sisa daging babi telah dijalankan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan syarikat yang bertanggungjawab terhadap daging khinzir terbabit.

"Kes telah disiasat mengikut Peruntukan Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya menerusi kenyataan di sini pada Sabtu.

Terdahulu, tular gambar sisa daging babi di laman sosial hingga mencetuskan kebimbangan warga maya.

Mereka meluahkan kebimbangan selepas Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) di negeri itu sebagai bencana selepas lima lagi ladang ternak babi dijangkiti penyakit itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sehingga Jumaat, keseluruhan tujuh ladang ternak babi telah dijangkiti ASF dan membabitkan 25,000 ekor haiwan di semua ladang berkenaan akan dimusnahkan secara berperingkat.

Sementara itu, Nor Salawati mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mane boleh berterabur atas jalan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.052326 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list