CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sekreteriat B.E.L.A.S selamatkan kucing jalanan, anjur pameran tingkat kesedaran

[Copy link]
Post time 14-1-2023 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Sekreteriat B.E.L.A.S selamatkan kucing jalanan, anjur pameran tingkat kesedaran


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Tengku Permaisuri Norashikin (kiri) bersama Dr Abdul Rahman (kanan) dan Dr Ainul Mohsein ketika meninjau Pameran 'Oyen: Cerita Tentang B.E.L.A.S' Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: Sehingga kini sudah 160 kucing sudah diselamatkan kumpulan pencinta kucing Universiti Sains Malaysia (USM) manakala 77 lagi sudah diadopsi pemilik baharu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Sekreteriat B.E.L.A.S itu turut memelihara empat kucing sebagai terapi kepada penuntut di universiti itu.

Penasihat Sekretariat B.E.L.A.S, Dr Ainul Mohsein Abdul Mohsin berkata ia adalah usaha kumpulan berkenaan bagi menjadikan USM sebagai kampus bebas kucing jalanan (zero stray cats).

Katanya, pada masa ini terdapat tujuh kucing yang berada di bawah jagaan kumpulan itu manakala 45 lagi sudah dimandulkan.

"Kesemua kucing itu diselamatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu dan mereka sudah divaksin dan dimandulkan demi kebaikannya.

"Kami turut beri peluang kepada penuntut membelai haiwan comel itu sebagai terapi dan kesihatan mental mereka dengan membela empat kucing bagi tujuan itu," katanya kepada media di USM, hari ini.

Ainul ditemui di Pameran 'Oyen: Cerita Tentang B.E.L.A.S' di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM yang dirasmikan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan hadir sama ialah Naib Canselor USM Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed.

Mengulas lanjut, Ainul berkata pameran berkenaan mengangkat kisah realiti, nilai belas serta kasih sayang terhadap kucing jalanan bagi memberi kesedaran mengenai hubungan manusia dan alam.

Katanya, pameran B.E.L.A.S yang terdiri daripada 'Believe, Empathy, Love, Affection and Salvation' itu diharap dapat menguatkan lagi nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat khususnya belia selain meningkatkan empati dan kesedaran terhadap kucing yang dianiaya serta terbiar.

"Pameran ini turut memaparkan lukisan komik dengan kerjasama antara Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan Pusat Pengajian Seni.

"Sejak 2020, kita sudah memperuntukkan sebanyak RM20,000 bagi kos menyelamat dan bil perubatan kucing jalanan selain RM10,000 kos makanan.

"Kos berkenaan adalah hasil dana yang disalurkan pelbagai pihak secara langsung atau dalam talian," katanya lagi.

Pada majlis itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan sokongan kepada usaha kumpulan itu yang menjalankan usaha murni dan membanggakan dalam melahirkan generasiholistik, penuh sifat simpati serta empati terhadap haiwan terutamanya kucing jalanan.

Baginda juga menyeru industri supaya agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi turut membantu usaha Sekretariat B.E.L.A.S sama ada daripada segi bantuan dana secara langsung atau tidak.

"Jika setiap warga dapat menerapkan nilai murni ini dalam diri masing-masing, dipercayai USM bukan sahaja universiti yang mempunyai graduan berjaya daripada segi akademik tetapi turut melahirkan generasi cerdik pandai serta tahu erti dan nilai belas dan kasih sayang dalam kehidupan mereka," titah baginda di sini.

Pada majlis itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyampaikan cenderamata kepada beberapa 'Hero Tidak Didendang' atas usaha mereka menyelamatkan kucing jalanan.




Disiarkan pada: Januari 14, 2023 @ 4:54pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.466462 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list