CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 448|Reply: 0

ARRC pilih Litar Antarabangsa Mandalika

  [Copy link]
Post time 14-1-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

Litar Antarabangsa Mandalika jadi venue Pusingan 4 ARRC musim ini.

KUALA LUMPUR: Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bakal 'mendarat' buat kali pertama di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia dari 11 hingga 13 Ogos ini.

Ia adalah kali pertama litar berkenaan menjadi tuan rumah untuk saingan peringkat Asia sejak ia mula boleh digunakan pada November 2021 sekali gus menyediakan saingan berbeza buat keseluruhan pelumba yang mengambil bahagian.

Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn. Bhd (TWMR) selaku penganjur ARRC, Ron Hogg berkata, mereka begitu teruja untuk kembali beraksi di Indonesia selepas kali terakhir penganjuran di sana di Litar Antarabangsa Sentul pada 2018.

"ARRC sentiasa berada dalam hati peminat di Indonesia dan tanpa ragu, saingan ini adalah salah satu siri perlumbaan motosikal yang paling ditontoni di negara itu.


"Kami mempunyai pangkalan peminat yang mega di sana sekali gus melengkapkan senarai bintang pelumba dan pasukan dari Indonesia yang beraksi dalam kesemua kelas perlumbaan dan ia mencerminkan keperluan dan kepentingan kehadiran kami di rantau ini.

"Sejak pelancaran Litar Antarabangsa Mandalika, kami menerima banyak permintaan untuk kehadiran ARRC di litar ini namun disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, kami tidak berupaya untuk memenuhi permintaan itu sebelum ini.

"Kami amat menantikan untuk meneroka litar ini dengan lebih mendalam dan kami percaya ini akan menambahkan lagi pengalaman pasukan, pelumba dan kru ARRC," kata Ron dalam satu kenyataan.

Kalendar ARRC 2023 dijadual bermula dengan ujian pramusim di Litar Antarabangsa Buriram Thailand dari 21 hingga 22 Mac sebelum Pusingan 1 berlangsung di litar sama dari 24 hingga 26 Mac.

Litar Antarabangsa Sepang menjadi lokasi bagi Pusingan 2 dari 12 hingga 14 Mei sebelum saingan beralih ke Litar Antarabangsa Sugo Jepun, 23 hingga 25 Jun.

Litar Antarabangsa Mandalika mengambilalih tugas bagi Pusingan 4 dari 11 hingga 13 Ogos dan Litar Antarabangsa Zhuhai China menjadi lokasi seterusnya, 6 hingga 8 Oktober.

Saingan kemuncak musim melabuhkan tirai di Litar Antarabangsa Buriram dari 1 hingga 3 Disember.
https://www.bharian.com.my/sukan ... arabangsa-mandalika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.277658 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list