CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Kedah] 3 lelaki curi tabung masjid dicekup

[Copy link]
Post time 14-1-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Perbuatan licik tiga lelaki yang disyaki terbabit mencuri wang tabung masjid dalam kejadian berasingan di sekitar daerah ini berakhir apabila mereka berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mereka ditahan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berdasarkan maklumat awam yang diterima pada Selasa dan Khamis lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama pada Selasa lalu, polis berjaya menahan lelaki berusia 24 tahun di Kampung Aman, Pokok Sena kerana menceroboh masuk dan melarikan duit tabung Masjid Sultanah Bahiyah, di sini.

"Turut dirampas set alat pembesar suara masjid dan tangkapan dilakukan kurang dari 24 jam selepas kejadian.

"Tangkapan kedua dilakukan pada Khamis dalam serbuan oleh pasukan sama di tepi Jalan Hutan Kampung dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun kerana menceroboh masuk Masjid Jamek di kawasan itu serta melarikan sejumlah wang tabung masjid berkenaan," katanya.

Ahmad Shukri berkata, dalam serbuan ketiga pada Khamis, pihaknya melakukan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kedondong, Mukim Derang, Pokok Sena.

Menurutnya, dalam operasi itu, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan kerana memecah masuk di Masjid Panchur, Mukim Derang, di sini.

"Turut dirampas sejumlah wang dari tabung masjid berkenaan dan tangkapan dilakukan dari 12 jam selepas kejadian berkenaan.

"Hasil ujian saringan awal terhadap ketiga-tiga suspek mendapati kesemua mereka positif dadah jenis syabu," katanya.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun atau sebat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bung-masjid-dicekup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.073722 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list