CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 1

[Perlis] Tak sangka lawatan jumpa ibu adalah pertemuan terakhir

[Copy link]
Post time 14-1-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode

AMIRUL ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Anak kepada warga emas yang meninggal dunia dalam kebakaran rumah di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, semalam tidak menyangka lawatannya minggu lalu adalah pertemuan terakhir buat dirinya.

Amirul Mat Saad, 39, berkata, dia sentiasa melawat ibunya yang tinggal beberapa blok dengannya di penempatan berkenaan.

"Kali terakhir saya melawatnya adalah pada minggu lalu memandangkan kediaman kami di Felcra Lubuk Sireh ini hanya dipisahkan mengikut blok penempatan masing-masing.

"Arwah ibu saya pula tinggal bersama adik lelakinya yang dalam lingkungan 50an jadi kami tidaklah risau kerana ada yang menjaganya selain kami.

"Arwah ibu pun sudah lama menghidap masalah mental dan sering mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar dan semasa saya bertemunya minggu lalu, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara," katanya ketika ditemui HTF di sini, hari ini.

Amirul bagaimanapun reda dengan kejadian menimpa ibunya itu.

"Kami mengganggap ini adalah ketentuan Allah dan kita sekeluarga menerima ujian berkenaan dengan hati terbuka.

"Saya dimaklumkan ketika kejadian allahyarham dikatakan berada seorang diri sebelum ditemui meninggal dunia selepas bapa saudara kami keluar kerana mempunyai urusan yang perlu diselesaikan," katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Amirul berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu melalui isterinya sewaktu berada di kebun, menyebabkannya terus bergegas ke rumah ibunya itu.

"Pada mulanya memang saya ada mendengar bunyi siren pasukan penyelamat keluar masuk dari kawasan itu.

"Namun saya tidak menyangka rupa-rupanya kejadian kebakaran itu membabitkan rumah didiami ibu," katanya.

Dalam kejadian semalam, mangsa, Azizah Panjang Karim, 61, meninggal dunia selepas terperangkap di dalam rumah terbakar itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pertemuan-terakhir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ  
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.078422 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list