CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 0

Amaran keras buat Hamilton

[Copy link]
Post time 14-1-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode

HAMILTON perlu dapat kebenaran bertulis daripada FIA.

London: Lewis Hamilton berdepan pengharaman daripada menyertai perlumbaan Formula Satu (F1) jika meneruskan agenda peribadi dan aktiviti berkaitan politik.

Juara dunia tujuh kali Hamilton, 38, gigih memperjuangkan anti perkauman dan kesaksamaan di peringkat dunia.

Pemandu kelahiran Stevenage itu turut berlumba dengan bendera pelangi di atas topinya di Qatar bagi menunjukkan tanda sokongan kepada komuniti LGBTQ.

Tetapi kini Hamilton diarahkan mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada ketua permotoran sebelum boleh membuat sebarang kenyataan berkaitan politik, agama atau peribadi.

Jika dia terus berdegil dan melakukannya tanpa mendapat lampu hijau, Hamilton boleh disingkir dan dilarang daripada menyertai perlumbaan.

Keputusan tegas itu dibuat Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem, bekas pelumba rali kelahiran Dubai yang dipilih menjadi ketua FIA pada Disember 2021.

Ben Sulayem berkata: "Anda boleh gunakan sukan untuk alasan keamanan. Tetapi satu perkara yang kami tak mahu ialah menggunakan FIA sebagai platform untuk agenda peribadi.

"FIA sepatutnya neutral, kami percaya. Jika ada yang lain, anda perlu kebenaran. Jika tidak dan anda meneruskannya, anda tahu akibatnya."

Ini bermakna Hamilton kini perlu menghantar permohonan bertulis sebelum boleh membuat sebarang aktiviti bantahan atau politik jika tak mahu berdepan hukuman.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... keras-buat-hamilton
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.083993 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list