View: 3971|Reply: 70
|
[Tempatan]
Apa sudah jadi dengan Kuala Lumpur sekarang?
[Copy link]
|
|
SAUDARA PENGARANG,
APA sudah jadi dengan Kuala Lumpur? Sana sini kita boleh melihat warga asing berniaga secara terang-terangan.
Operasi penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti banyak tertumpu di Pasar Borong Selayang tetapi kurang atau tiada di Jalan Silang, Chinatown, Pudu dan Bukit Bintang yang nampaknya sudah menjadi macam wilayah Bangladesh dan Myanmar. Malah, peniaga warga Indonesia dan Pakistan pula seperti memonopoli sekitar Chow Kit.
Ingat lagi ketika zaman Tan Sri Annuar Musa menjawat jawatan Menteri Wilayah, ketika itu, penguat kuasa DBKL agresif membuat operasi di lokasi warga asing berniaga. Semua tempat mereka terjah. Sebenarnya memang boleh buat jika ada keseriusan.
Pembuat dasar mengenai sosioekonomi tidak sedarkah bahawa peniaga-peniaga tempatan teutama bangsa Melayu di ibu kota berniaga di bawah payung di tepi jalan manakala warga asing seperti Bangladesh dan Pakistan mampu membuka kedai sendiri, malah mampu menyewa lot dalam kompleks beli belah seperti di Plaza Low Yat dan Kenanga Wholesale? Lebih hebat ada yang mempunyai cawangan pasar raya di beberapa lokasi.
Justeru, saya sarankan agar pengurusan tertinggi DBKL turun padang dan melihat sendiri suasana Kuala Lumpur di lokasi yang disebut terutama ketika hari Ahad dan cuti umum. Keadaan di sana sudah berubah wajah sama sekali.
Pengunjung warga asing berkerumun seperti semut di kedai-kedai milik rakyat sebangsa. Pelancong asing yang pertama kali ke Kuala Lumpur pun naik hairan tengok suasana di tengah bandar raya Kuala Lumpur yang tidak ubah seperti Dhaka dan Yangon.
Inikah imej ibu negara Malaysia yang hendak ditunjuk pada orang luar? Jabatan Imigresen juga perlu menyiasat bagaimana warga asing yang asalnya masuk sebagai buruh tetapi kini menguasai sektor perniagaan. Sementara rakyat kita pula sampai ke tahap meminta kerja dengan warga asing.
Peniaga dan pekerja asing sudah menjadi isu yang jauh lebih besar daripada masalah pendatang tanpa izin (PATI) ekoran warga asing menguasai ekonomi negara ini sedangkan rakyat sendiri susah sehingga mereka terpaksa memohon bantuan daripada kerajaan.
Mohon juga Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengambil berat isu ini kerana bumi yang dipijak kini betul-betul menjadi milik orang akibat kealpaan kita.
PEMERHATI
Kuala Lumpur
https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/01/apa-sudah-jadi-dengan-kuala-lumpur-sekarang/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sangkakan tragedi banjir, rupanya lambakan rakyat luar Malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm negara barat sudah, warga asing banyak berniaga secara sah |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan nya ialah $$$$
nape di sinpork boleh kawal |
|
|
|
|
|
|
|
pendatang asing ni lah yang kerja 3d. rakyat kita tak mahu kerja mcm tu... kalau tak ada siapa yang nak kerja.. .. gerai-gerai pendatang asing tu cuma side effect atas masalah tak ada orang nak kerja 3d dan seumpamanya  |
|
|
|
|
|
|
|
Tanya kerajaan tempatan dan DBKL... jangan jupa PM juga |
|
|
|
|
|
|
|
berapa byk kaki2 payung.....
tula sebab KL banjir dgn warga asing....
dia org ni pon selamba jer....
sapa berani kaco maaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
sok p kl dh susah jumpa warga sendiri.. cemuih aku |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak suka jln2 KL...penuh bangla, rohingya... |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua hasil kerosakan oleh KERAjaan2 sebelum ni..harap PMX boleh ubah KL jadi world class city mcm singapo
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 13-1-2023 11:03 AM
biasa la, yang pegang kuasa ramai si melayu miskin,
lepas tu memang bangsa pelahap rasuah,
sanggup jadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.
sogok duit, harta benda dan betina,
terus senyap gelap mata, donia ana yang punya 
geng2 kartel jugak yang uruskan ni,
geng kartel ni asal kan nampak lobang2 buat duit, semua dia sapu.
kutip duit perlindungan dari pendatang ni semua,
sogok melayu pelahap rasuah dalam agensi kerajaan.
settle 
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah le dek. Akak dengor kate gomen Myanmar dah tak akan keluarkan passport utk warga sendiri. Camner tak semak KL.. memasing ada terperangkap kt sini dek  |
|
|
|
|
|
|
|
area jln silang tu teruk sgt dah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tgk gambar di atas tu dah mcm negara bangladesh
|
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 13-1-2023 09:18 AM
pendatang asing ni lah yang kerja 3d. rakyat kita tak mahu kerja mcm tu... kalau tak ada siapa yang ...
Takat jual baju or barang2 kje 3d ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
warga asing kerja jaga kiosk je acik kepam oi.
Nak meniaga KIOSK tu bukan nya murah acik, tak ada sebulan rolling modal 10k jgn gatal nak berkiosk.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul..sedey tgk kl skrg..dgn warga asingnya, dgn kondo bnyk nak mampus, bangunan tinggi tah pebenda tah... |
|
|
|
|
|
|
|
Pembuat dasar mengenai sosioekonomi tidak sedarkah bahawa peniaga-peniaga tempatan teutama bangsa Melayu di ibu kota berniaga di bawah payung di tepi jalan manakala warga asing seperti Bangladesh dan Pakistan mampu membuka kedai sendiri, malah mampu menyewa lot dalam kompleks beli belah seperti di Plaza Low Yat dan Kenanga Wholesale?
Dasar apa lagi yang ko nak?
|
|
|
|
|
|
|
|
di mana janji PM Anwar nak banteras rasuah? |
|
|
|
|
|
|
|
pemimpin2 ni x geli ke tgk muka bangla nepal myanmar rohingya ni ramai2 kat msia...
haritu hampir nak bwk masuk sri lankan..seb baik org tu x jadi menteri dah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|