CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Kedah] Lelaki maut motosikal terbabas selepas diserang sawan

[Copy link]
Post time 12-1-2023 10:13 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut motosikal terbabas selepas diserang sawan


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



MOTOSIKAL mangsa kemalangan di Jalan Guar Chempedak - Yan. FOTP Ihsan Pembaca




Guar Chempedak: Lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Guar Chempedak-Yan, di sini, hari ini dipercayai diserang sawan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM E Bonus 110 dipercayai dari arah Yan menghala ke Guar Chempedak.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, tiba-tiba mangsa dipercayai mengalami sawan dan hilang kawalan lalu jatuh ke kanan jalan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia akibat cedera di kepala," katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahnaz berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dilakukan.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk memberi maklumat bagi membantu siasatan," katanya.




Disiarkan pada: Januari 12, 2023 @ 9:32pm




















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.522996 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list