CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Pulau Pinang] Paras air di tiga empangan Pulau Pinang menyusut

[Copy link]
Post time 12-1-2023 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Paras air di tiga empangan Pulau Pinang menyusut

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  12 Januari 2023   06:39pm






Kapasiti efektif tiga empangan di Pulau Pinang rendah. - Gambar fail




GEORGETOWN - Kapasiti efektif tiga empangan utama di Pulau Pinang adalah rendah berikutan jumlah taburan hujan yang rendah yang dicatatkan bagi tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan berkata, sehingga Rabu, kapasiti efektif bagi Empangan Mengkuang adalah 87.2 peratus, Empangan Air Itam 84.7 peratus dan Empangan Teluk Bahang adalah 64.2 peratus.

Menurutnya, jika dibandingkan kapasiti efektif bagi tempoh sama bagi tahun lalu, Empangan Teluk Bahang menunjukkan penurunan paling iaitu 86.4 peratus bagi 2022, sementara bagi tahun ini, hanya 64.2 peratus.

"Empangan Air Itam pada tahun lalu adalah 84.1 peratus berbanding 84.7 peratus pada tahun ini manakala Empangan Mengkuang 92.8 peratus bagi 2022 dan 87.2 peratus pada tahun ini.

"Faktor penyumbang kapasiti efektif empangan yang rendah khususnya di Empangan Teluk Bahang adalah kerana krisis bekalan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan gangguan air yang memerlukan PBAPP memaksimumkan pelepasan air mentah dari Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang.

"Tahap optimum empangan adalah melebihi 90 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau menambah, selain itu, hujan rendah di kawasan tadahan air empangan juga merupakan faktor kepada kurangnya kapasiti tadahan air.

"Dalam tempoh September hingga Disember 2022, jumlah taburan hujan yang direkodkan di Empangan Air Itam ialah 873.5 milimeter (mm).




"Sementara itu, jumlah taburan hujan yang direkodkan di Empangan Mengkuang dalam tempoh September hingga Disember 2022 adalah 1,541mm.

"Bagaimanapun, jumlah hujan yang direkodkan di Empangan Teluk Bahang dalam tempoh sama meningkat iaitu 1,169mm berbanding 1,058.5mm pada 2021," katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama dan sokongan rakyat untuk berjimat dalam penggunaan air dan menggunakannya dengan berhemat ketika musim kemarau yang berlaku setiap tahun.

Pathmanathan berkata, bagi memenuhi permintaan air semasa tempoh perayaan akhir tahun lalu dan Tahun Baharu Cina yang akan datang, PBAPP telah mengoptimumkan pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua selain mengepam lebih banyak air terawat ke pulau dan Seberang Perai.

"Untuk memenuhi permintaan bekalan air yang berkemungkinan besar meningkat pada musim perayaan dan cuti hujung minggu yang panjang, PBAPP bersedia untuk melepaskan lebih banyak air daripada Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang sambil memantau rapi paras air empangan untuk sebarang kejadian yang tidak diduga.

"PBAPP tidak akan menjadualkan sebarang kerja paip (gangguan air berjadual) sehingga selepas Tahun Baharu Cina supaya pengguna dapat membersihkan kediaman tanpa gangguan. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kerja-kerja pembaikan paip luar jangka atau kecemasan (tidak berjadual) yang perlu dijalankan," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.223036 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list