CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Kedah] 50 jenis anggur subur di Simpang Empat

[Copy link]
Post time 12-1-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. Hisham Md. Isa memetik salah satu daripada 50 spesies anggur yang ditanam di tapak semaiannya di Simpang Empat, Alor Setar. – UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH

    Oleh JAMLIAH ABDULLAH
    12 Januari 2023, 9:30 am

ALOR SETAR: Bermula hanya sekadar suka-suka, seorang lelaki kini menuai hasil apabila 50 jenis anggur yang ditanam di tapak semaiannya di Simpang Empat dekat sini mengeluarkan buah.

Mohd. Hisham Md. Isa, 49, yang mula menanam pelbagai jenis anggur itu sejak hampir setahun lalu memberitahu, pada awalnya dia hanya menanam beberapa jenis anggur sebagai eksperimen.

“Kira-kira 10 bulan lepas, saya beli benihnya dari Indonesia untuk cuba dan menjadi. Dari situ saya tambah sikit-sikit sampai sekarang ada lebih 50 jenis anggur saya tanam di sini termasuk dari Amerika Syarikat, India dan Jepun.

“Saya tanam untuk suka-suka sahaja bukan jual, ini untuk keluarga dan saudara merasa. Tengok mungkin masa ke depan saya akan komersialkan,” katanya ketika ditemui di premis tapak semaiannya semalam.

Mohd. Hisham yang juga pe­ngusaha nurseri berkata, antara spesies anggur yang terdapat di situ adalah Red Globe, Sunny Dolce, Red Romance, Angelica, Nina Queen dan Carnival.

“Banyak yang menganggap Malaysia tak sesuai untuk ta­nam anggur tetapi sebenarnya itu salah kerana Indonesia dan Thailand misalnya sudah menjadi negara pengusaha tanaman anggur secara komersial.

“Malah negara Asia ini sesuai sangat untuk tanam anggur kerana cuaca panas sepanjang tahun tidak seperti di negara Barat yang ada musim sejuk,” katanya.

Jelas Mohd. Hisham, antara cabaran utama mengusahakan tanaman anggur itu adalah faktor hujan dan serangan serangga termasuk burung.

“Kalau hujan berterusan tak sesuai akan sebabkan buah jadi tawar sebab itu anggur perlu ditanam di rumah hijau. Selain itu kena balut buahnya supaya tidak dimakan burung atau serangga. Itu sahaja kena jaga, sebenarnya tak susah pun,” katanya.

Mohd. Hisham memberitahu, apa yang menarik tanaman itu akan berbuah sepanjang masa selagi pokoknya subur dan tidak mereput.

“Ramai pelanggan yang datang ke sini seronok bila te­ngok pokok anggur ini macam-macam jenis dan bentuk malah yang tak ada dijual di kedai atau pasar raya pun. Ada yang nak minta beli tapi saya tak jual cuma sedekah sahaja,” katanya.

Pada masa yang sama, Mohd. Hisham turut menjadi pembekal pelbagai jenis pokok termasuk bunga dan pokok tin di tapak semaiannya itu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... r-di-simpang-empat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054583 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list