CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Kedah] Gajah jantan ditangkap di Baling

[Copy link]
Post time 11-1-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode

Gajah jantan yang berjaya ditangkap di Kampung Telok Temelah, Bongor, Baling hari ini. - Foto/Ihsan Perhilitan

ALOR SETAR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berjaya menangkap seekor gajah jantan berdekatan Kampung Telok Temelah, Bongor, Baling, hari ini.

Jurucakap PERHILITAN berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang awam berhubung

kehadiran gajah itu yang dilihat berkeliaran sekitar kampung berkenaan sebelum ini.

"Gajah jantan itu ditangkap kira-kira jam 10 pagi tadi. Sebelum ini, gajah liar sama dikesan mula masuk ke kawasan sekitar Kampung Telok Temelah, Kampung Kaki Bukit, Kampung Rambong dan Kampung Telok Sungai Durian sejak Januari tahun lalu lagi.


"Kita percaya gajah ini datang dari kawasan Ulu Muda dan kumpulannya dianggarkan mempunyai populasi antara tujuh hingga lapan ekor," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, gajah dengan anggaran saiz ukuran lilitan tapak kaki hadapan 43 sentimeter (cm) kini berada dalam keadaan stabil dan dalam pemantauan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kedah.

Katanya, pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga proses pemindahan sepenuhnya dilakukan.
https://www.bharian.com.my/berit ... ditangkap-di-baling

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059184 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list