CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

[Kedah] Nelayan jual diesel akan ditarik lesen

[Copy link]
Post time 11-1-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode


SALAH sebuah bot nelayan kelas C yang ditahan selepas disyaki terlibat menyeludup diesel bersubsidi di perairan Kedah dan Perlis, baru-baru ini. – SHAHIR NOORDIN


ALOR SETAR – Nelayan tempatan yang didapati bersalah menyeludup diesel bersubsidi ke Thailand berdepan tindakan lesen vesel digantung dan ditarik balik Jabatan Perikanan.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, tindakan boleh diambil mengikut Akta Perikanan 1985 (Akta 137) iaitu melanggar syarat lesen yang dikeluarkan berkenaan vesel.

“Tindakan kompaun yang tinggi juga boleh dikenakan selain menggantung lesen selama setahun.

“Ketua Pengarah juga boleh membatalkan lesen vesel yang terlibat dengan kegiatan me­nyalahi Akta 137,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Kosmo! kelmarin tentang kegiatan sebilangan bot nelayan tempatan yang me­ngubah aktiviti mereka di tengah laut daripada menangkap ikan kepada urus niaga haram dengan menjual minyak diesel bersubsidi kepada warga asing.

Bot-bot nelayan berkenaan didapati turun ke laut seperti biasa, namun peralatan menangkap ikan kelihatan seperti tidak digunakan untuk aktiviti penangkapan ikan.

Mereka disyaki menyeludup diesel bagi mendapatkan wang mudah dengan menjual bahan api itu yang diperoleh pada harga kira-kira RM1.67 seliter kepada warga Thailand pada harga RM4 seliter.

Tambah Wan Muhammad, pihaknya kesal dengan isu penyeludupan diesel bersubsidi ke Thailand sejak Oktober lalu melibatkan kumpulan nelayan tempatan.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Perikanan memandang serius perbuatan yang menyalahi undang-undang dan memberi amaran keras kepada kumpulan nelayan agar tidak sesekali terlibat dengan aktiviti tersebut.

Katanya, nelayan yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut terdiri daripada warga tempatan, Thailand dan Kemboja.

“Siasatan dijalankan di bawah Perenggan 8(b) Akta Perikanan 1985 (Akta 137) iaitu melanggar syarat lesen yang dikeluarkan berkenaan vesel.

“Merujuk kepada kes ini, vesel tersebut telah diubah suai daripada segi struktur simpanan bahan api tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, nelayan dan pemilik vesel penangkapan ikan tempatan diminta agar mematuhi undang-undang dan syarat lesen yang telah ditetapkan.

“Lesen yang diberikan hendaklah digunakan bagi tujuan menangkap ikan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain,” tambahnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... akan-ditarik-lesen/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.422917 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list