CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Pulau Pinang] ASF: Lebih 1,500 babi dimusnahkan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 10-1-2023 03:22 PM | Show all posts |Read mode
ASF: Lebih 1,500 babi dimusnahkan di Pulau Pinang

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  10 Januari 2023   12:12pm






Gambar hiasan. - Foto 123RF




GEORGETOWN - Lebih 1,500 ekor babi daripada sebuah kandang di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dimusnahkan sehingga Isnin bagi membendung penularan kes demam babi Afrika (ASF) di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar bagaimanapun berkata, sehingga Selasa, tiada kes baharu direkodkan melibatkan kandang babi di Pulau Pinang.

Menurutnya, sehingga kini, kes ASF masih dalam kawalan yang mana ia dikendalikan di peringkat daerah kerana melibatkan daerah SPS sahaja.

"Satu kandang yang dijangkiti ASF sudah selesai kita musnahkan ke atas babi yang dijangkiti. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar masih lagi memantau perkembangan kes-kes ASF dan kita akan mengambil tindakan pantas bagi memastikan kita dapat mengawal kes supaya tidak merebak ke kandang-kandang lain di Pulau Pinang.

"Setakat ini, sebanyak 1,500 ekor babi pada kandang pertama dimusnahkan selepas kita mendapati berlaku jangkitan. Kesemua kas-kas (bangkai babi) bagi kandang pertama ditanam di kawasan ladang," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Hari Tanpa Tunai Bagi Jabatan dan Agensi Kerajaan Pulau Pinang di Komtar di sini pada Selasa.

Jumaat lalu, sebuah ladang babi di daerah SPS dekat sini diarahkan ditutup selepas kes ASF dikesan di ladang tersebut.

Susulan daripada itu, satu mesyuarat khas melibatkan beberapa pihak antaranya Pejabat Daerah dan Tanah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) diadakan pada Ahad bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung jangkitan ASF.

Tambah Mohd Sayuthi, ketika ini, pihaknya sedang memantau kandang kedua yang menempatkan 2,500 ekor babi.




"Kandang kedua masih di peringkat pemantauan kerana semakan memang ada jangkitan selain bilangan kematian masih belum tinggi. Kita masih menunggu keputusan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sama ada kesemua bilangan babi perlu dimusnahkan atau sebaliknya.

"Jika perlu dimusnahkan (kesemuanya), kita akan melakukannya secara berperingkat. Semalam (Isnin) pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pejabat Daerah SPS telah berbincang untuk melaksanakan kaedah pelupusan kerana kita memerlukan tapak untuk melupuskan kas-kas yang dijangkiti.

"Sebelum ini, kita mengambil pendekatan dengan cara menanam di kawasan ladang namun untuk kandang kedua, ada sikit masalah kerana kawasan ladang yang kecil dan tiada ruang. Oleh demikian, kita perlu cari tapak baru untuk tanam kas-kas," katanya.

Pada September tahun lalu, dua ladang babi komersial di daerah Kerian di Perak dijangkiti ASF dan langkah berjaga-jaga telah diambil bagi mengelak ia merebak ke negeri lain.

Sehingga tahun lalu, terdapat 124 ladang babi di Pulau Pinang dengan 267,348 ekor babi direkodkan iaitu 64 ladang berada di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan (52), Seberang Perai Tengah (empat) dan empat ladang di daerah Barat Daya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.047308 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list