CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Kedah] Gantung lesen nelayan guna pukat mata 300, bubu naga

[Copy link]
Post time 10-1-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh anggota dan pegawai

Alor Setar: Tindakan tegas menggantung lesen selama setahun selain kompaun akan dikenakan terhadap nelayan yang melanggar syarat dan menggunakan pukat mata 300 serta pukat bubu naga.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan negeri, Wan Muhammad Aznan Abdullah, berkata hukuman itu dikenakan ke atas bot pukat tunda yang dikesan menceroboh kawasan di bawah lima batu nautika dari pantai.

"Kita akan ambil tindakan tegas sekiranya berlaku pelanggaran syarat yang ditetapkan kepada pemilik lesen.

"Selain kompaun, hasil tangkapan akan disita, lesen vesel digantung setahun bertujuan mengurangkan aktiviti pencerobohan berterusan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jumaat lalu, media melaporkan pendapatan lebih 1,000 nelayan pantai di Tanjung Dawai, Kuala Muda, terjejas selepas hasil tangkapan ikan mereka berkurangan sejak enam bulan lalu.

Kebanyakan nelayan yang turun ke laut, pulang tangan kosong selepas hasil di perairan berkenaan dikatakan semakin pupus akibat penggunaan pukat mata 300 atau jaring halus yang tidak dikawal.

Mengulas lanjut, Wan Muhammad Aznan berkata, pengurangan ikan boleh berlaku sekiranya penggunaan peralatan larangan seperti pukat mata 300 dan bubu naga menjadi tidak terkawal serta pencerobohan zon perikanan.

"Musim Monsun Timur Laut (MTL) iaitu sepanjang November hingga Mac juga memberi kesan kepada pendaratan ikan di Perairan Pantai Timur dan Pantai Barat.

"Kejadian ini boleh berlaku akibat perubahan iklim seperti pengaruh arus yang membawa makanan ikan (plankton), hujan yang berpanjangan, kemasukan air tawar dari sungai yang berlebihan serta beberapa faktor lain yang bersifat sementara," katanya.

Sementara itu, Wan Muhammad Aznan berkata sehingga hari ini, pihaknya masih membekukan pengeluaran lesen baharu menangkap ikan bagi Zon Pantai iaitu Zon A, B dan C.

Katanya lesen Zon C2 (laut dalam) dan C3 (Lautan Hindi) sahaja yang masih dipertimbangkan untuk permohonan lesen baharu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mata-300-bubu-naga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.294293 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list