Berita pemergian penyanyi jazz terkemuka ini dikongsikan anak lelakinya Rindra Soliano kepada Astro AWANI. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bintang legenda, Datin Paduka Julie Sudiro menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun akibat masalah paru-paru.
Berita pemergian penyanyi jazz terkemuka ini dikongsikan anak lelakinya Rindra Soliano kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Allhayarham Julie meninggal dunia di Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) dPada 9 Januari lalu, Astro AWANI melaporkan penyanyi legenda itu ditidurkan di hospital yang sama, akibat masalah paru-paru.
Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut tentang urusan pengebumian jenazah Allahyarham Julie.Allahyarham Julie bukan satu nama asing dalam persada seni tanah air dan dikenali dengan lagu popular berjudul, 'Burong Nuri' yang dirakamkan bersama Allahyarham Ahmad Mahmud dan penyanyi keroncong, Kartina Dahari.
Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro dilahirkan pada 26 Februari 1945 di Segamat, Johor Bahru dan dibesarkan di Singapura.
Beliau dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rindra dan Jose Irmanto, hasil perkahwinan bersama arwah suaminya, Tony Soliano yang merupakan pemuzik jazz handalan.
Pada 2006, beliau mendapat gelaran Datin Paduka daripada Sultan Johor yang memerintah pada ketika itu iaitu Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Kemungkinan beliau lebih mudah urusan kemudian hari dengan amal bakti dia
KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran sinonim dengan irama jazz dan keroncong sejak era 1960-an, Datin Paduka Julie Sudiro, 77, kini mengisi masa menjadi guru mengaji biarpun dalam kudrat terbatas.
Lebih menyentuh hati, Julie atau nama sebenar, Raden Juariah Raden Sudiro berkunjung dari rumah ke rumah anak murid yang mahu mendalami ilmu Al-Quran dengan bertongkat.
Post time 10-1-2023 03:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by sharlenetexas at 10-1-2023 04:00 PM
supernaturalee replied at 10-1-2023 10:32 AM
suka versi ning jgk
Farhan af pun best. Kartina Dahari mmg takleh dinafikan, mmg the best! Rafeah buang pun suara unik tersendiri. Asalnya lagu jenis rancak. Takdelah mendayu2 sangat. Cuba uols google ada versi 1940an yg rancak.