CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kanak-kanak perempuan diselamatkan, dipercayai didera ibu sendiri

[Copy link]
Post time 9-1-2023 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak perempuan diselamatkan, dipercayai didera ibu sendiri


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



A Kumaresan menyerahkan kanak-kanak dipercayai didera kepada pegawai JKM. FOTO Ihsan pembaca.




Georgetown: Selepas lebih setahun menahan derita dipercayai akibat didera ibu kandung, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Bukit Gambir, di sini, berjaya diselamatkan.

Kanak-kanak malang yang tinggal di sebuah rumah flat itu diselamatkan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban, A Kumaresan membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang, hari ini.

Kumaresan berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa kanak-kanak itu daripada jiran berdekatan.

Katanya, dia kemudian membuat laporan kepada JKM sebelum ke rumah mangsa kira-kira jam 3 petang.

"Sebaik saya dan pegawai JKM tiba, didapati mangsa ditinggalkan bersama dua abangnya berusia 14 dan 12 tahun manakala ibunya pula keluar bekerja sementara bapa mereka yang bekerja sebagai pemandu lori hanya pulang sekali sekala.

"Ketika ditanya, kanak-kanak terbabit mengaku sering dipukul ibu sekiranya tidak melakukan kerja rumah selain kerap meminta pertolongan daripada jiran, " katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mengulas lanjut Kumaresan berkata, difahamkan menurut jiran, mangsa terdahulu tinggal bersama ibu saudara sebelum diambil semula ibu kandung sejak lebih setahun lalu.

Katanya, sejak itu jiran mereka sering mendengar mangsa menangis dan melihat dipukul oleh ibunya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

"Jiran juga pernah menegur ibu mangsa mengenai perbuatan itu namun wanita itu bertindak memarahi semula jiran berkenaan.

"Difahamkan mangsa juga pernah melarikan diri dari rumah sebelum ditemukan oleh orang ramai dan dihantar ke balai polis berhampiran.

"Kanak-kanak itu kemudian diserah kepada ibu saudaranya yang tinggal di flat yang sama sebelum ibu kandung mengambilnya semula," katanya lagi.

Menurut Kumaresan, kedua-dua abangnya juga mengaku turut memukul kanak-kanak itu kerana tidak membuat kerja rumah malah mangsa turut ditinggal sendirian sekiranya tidak dihantar ke sekolah.

Katanya, kanak-kanak terbabit pada masa ini diserah kepada JKM mengikut prosedur pihak berkenaan.

"Difahamkan pada masa ini mangsa dibawa ke rumah perlindungan sementara menanti siasatan JKM dan laporan polis juga akan dibuat pihak berkenaan.

"Saya turut meminta pihak JKM membawa kanak-kanak terbabit bagi dilakukan pemeriksaan kesihatan kerana mangsa mendakwa sakit di bahagian kepala dan mengalami bengkak selain terdapat kesan lebam di badannya.

"Mangsa adalah murid pintar dan mendapat 5A 3B dalam peperiksaan di sekolah justeru, diharap masyarakat prihatin dapat melapor segera jika ada berlaku kejadian serupa dalam kawasan kejiranan," katanya.


Disiarkan pada: Januari 9, 2023 @ 9:13pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.082870 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list