CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Kedah] Pengguna terkejut dikenakan caj pengendalian telur

[Copy link]
Post time 9-1-2023 05:26 PM | Show all posts |Read mode

Tindakan sebuah kedai runcit di Sungai Korok, Mukim Naga, di sini, mengenakan caj pengendalian sebanyak RM3 bagi setiap papan telur tular di media sosial hari ini, sehingga mendapat perhatian Persatuan Pengguna Kedah (Cake).





JITRA – Tindakan sebuah kedai runcit di Sungai Korok, Mukim Naga, di sini, mengenakan caj pengendalian sebanyak RM3 bagi setiap papan telur tular di media sosial hari ini, sehingga mendapat perhatian Persatuan Pengguna Kedah (Cake).

Menurut Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusoff, tindakan itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

“Kami akan membawa isu ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar tindakan segera dapat diambil bagi menjadi pengajaran kepada peniaga-peniaga lain.

“Jangan sama sekali beri peluang kepada yang mengambil kesempatan seperti ini. Kami sendiri kini cukup aktif membuat laporan dan amat berharap agar pengguna dapat mengambil tindakan sama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam seorang pengguna memuat naik resit pembelian di Facebook yang memaparkan tindakan peniaga tersebut mengenakan caj pengendalian telur berjumlah RM6 untuk dua papan telur gred D dibelinya.

Perkara itu menarik perhatian banyak pihak yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai melampau dan tidak sepatutnya berlaku.

Mengulas lanjut Mohamad Yusrizal berkata, orang ramai diharap dapat bersatu hati memanfaatkan kuasa pengguna dalam berdepan situasi sedemikian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... pengendalian-telur/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.143898 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list