CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

Red Bull lebih resah ancaman Mercedes

[Copy link]
Post time 8-1-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN berjaya memacu kejayaan Red Bull dengan mendominasi saingan pada musim lalu. – AFP


LONDON – Penasihat pasukan Red Bull, Helmut Marko percaya bahawa pasukannya itu seharusnya lebih bimbang dengan ancaman Mercedes berbanding Ferrari ketika mereka sedang bersiap untuk mempertahankan gelaran pada 2023.

Red Bull menikmati detik indah perlumbaan Formula Satu (F1) selepas dominan menakluk saingan 2022 menerusi Max Verstappen sejurus merangkul gelaran dunia kali kedua berturut-turut.

Verstappen dan rakan sepasukannya, Sergio Perez tampil cemerlang apabila memenangi 10 daripada 11 perlumbaan terakhir pada 2022.

Satu-satunya kekalahan Red Bull adalah di Grand Prix Brazil selepas George Russell berjaya meraih kemenangan untuk Mercedes.

Pada 2022, Mercedes bergelut untuk mencari pelarasan terbaik dan berhempas pulas ketika menentang Red Bull dan Ferrari.

“Saya akan mengatakan bahawa kita harus lebih takut dan waspada dengan ancaman pasukan Mercedes.

“Terutamanya kerana mereka mempunyai kelebihan berban­ding Ferrari dari segi strategi dan sebagainya,” tegas Marko.

Ferrari pada mulanya kelihatan bersedia untuk memberikan ancaman kepada Red Bull pada 2022 apabila memenangi dua daripada tiga perlumbaan pertama.

Bagaimanapun, prestasi cemerlang tersebut tidak bertahan lama apabila prestasi pasukan Itali itu menurun pada separuh kedua musim 2022. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... h-ancaman-mercedes/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.069687 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list