CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

Hamilton rancang bersara

[Copy link]
Post time 8-1-2023 02:21 PM | Show all posts |Read mode

HAMILTON berusia 38 tahun.

London: Lewis Hamilton memberi bayangan persaraan daripada Formula 1 (F1) apabila berkata terdapat beberapa perkara lain mahu dilakukan dalam kehidupannya.

Juara dunia tujuh kali itu kini menikmati cuti daripada litar sebelum kembali bulan depan untuk sesi ujian pra musim.

Walaupun sebelum ini dia memberikan petanda untuk terus bersama Mercedes, Hamilton menegaskan keputusan itu bukan muktamad dan boleh berubah.

Menurutnya kepada media Jerman Bild: "Kadang-kadang anda bangun dan mempunyai perasaan seperti: Saya tak mahu melakukannya lagi.

"Dan ada ketikanya anda bangun dan fikir saya masih mampu melakukan perkara lain dalam hidup ini dan mencapainya dengan lebih banyak lagi."

Walaupun menimbangkan persaraan, Hamilton sebelum ini turut menyatakan kesediaannya untuk terus kekal di Mercedes.

Mercedes dijangka menawarkan Hamilton yang berusia 38 tahun semalam kontrak baharu selepas kontraknya sekarang tamat penghujung tahun ini.

Selain permotoran, pemandu berpengalaman itu turut meminati bidang fesyen, muzik, melancong dan menangani ketidaksamaan dalam atau di luar sukan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ton-rancang-bersara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.077256 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list