CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2876|Reply: 35

[Tempatan] Edisi Mastika ke dik? 'Mat Jambu' serik hidup di KL setelah diperkosa 4 lelaki katanya

  [Copy link]
Post time 8-1-2023 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 8-1-2023 02:30 PM

BERHIBUR pada malam minggu sudah menjadi kebiasaan buat Zamri (bukan nama sebenar) bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur.

Sejak berhijrah dari kampung halaman di Kota Bharu, Kelantan, kehidupan di ibu kota banyak mengubah dirinya yang dahulunya pemalu kepada seorang yang liar dan bersosial.

Dia masih teringat kali pertama menjejakkan kaki di sebuah kelab malam di Bukit Bintang, seolah satu dunia berbeza memberikan kejutan budaya buat dirinya.

“Saya dilahirkan dari keluarga yang sederhana dan kuat pegangan agama, oleh sebab itu apabila berkait dengan hiburan akses amat dihadkan.

“Sebelum pindah ke Kuala Lumpur, saya tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke persembahan konsert apatah lagi ke kelab malam, namun apabila terdedah dengan kehidupan malam saya menyukainya,” katanya.

Tambahnya, kehidupannya di Kuala Lumpur menjadi lebih liar selepas berkenalan dengan rakan-rakan di pejabat yang juga kaki kelab malam.


Kehidupan tersebut berterusan sehingga beberapa tahun yang amat dirahsiakan daripada keluarga di kampung.

Zamri merupakan seorang lelaki yang berperwatakan lembut dengan kulit yang putih bersih, ada kalanya dia mendapat perhatian lelaki lain ketika di kelab.

Katanya, meskipun dia suka berhibur, dia tidak pernah terlintas mahu menarik perhatian lelaki untuk menyukainya, namun dia tetap melayan mereka jika ada yang menyapa.

Bagaimanapun, sikap itu mengundang padah buat dirinya dan turut menjadi memori hitam yang akhirnya mengubah dirinya 100 peratus.

Kejadian berlaku sekitar dua tahun lalu semasa Zamri dan rakan-rakan pergi ke sebuah kelab malam di Cheras, Kuala Lumpur.

Seperti biasa dia dan rakan-rakan ke sana dan menempah meja untuk mereka sambil menikmati irama muzik serta minuman alkohol.

“Pada malam itu saya didekati oleh seorang lelaki, dia mengajak saya menari dan belanja minuman.

“Katanya dia datang bersama tiga orang lagi rakan dan memperkenalkan saya kepada mereka. Awalnya tiada apa yang mencurigakan, namun malam itu saya merasakan keadaan saya lebih mabuk berbanding biasa,” ujarnya.

Malam itu, Zamri memberitahu dia tidak pulang bersama rakan-rakan kerana mengikuti lelaki tersebut untuk terus berhibur di kelab malam berkenaan.

Kongsi Zamri lagi, dia tidak mengingati banyak perkara yang berlaku malam itu, tetapi dalam kesamaran dia menyedari malam itu dia dibawa ke sebuah hotel dekat Bukit Bintang.

Dalam keadaan mabuk, Zamri hanya mampu merasakan dia pada malam itu diperkosa oleh lelaki berkenaan dan rakan-rakannya secara bergilir.

“Saya tidak berdaya melawan pada malam itu kerana sangat mabuk, baju saya dikoyak dan apa yang berlaku seterusnya amat mengerikan.

“Lebih menyedihkan apabila saya sedar keesokan harinya, keempat-empat lelaki berkenaan menggelakkan saya dan mengatakan perkara yang menjijikkan. Saya hanya mampu menangis dan berlari keluar bilik dengan baju yang koyak rabak,” katanya.

Sejak kejadian itu, kehidupan Zamri menjadi kelam, dia trauma dengan insiden terbabit dan sering dihantui dengan apa yang berlaku.

Perkara itu membuatkan Zamri tidak boleh fokus bekerja, prestasinya merosot sehingga hampir dibuang kerja.

Zamri juga lebih memilih untuk menyendiri, mengurungkan diri di dalam bilik selepas pulang kerja atau semasa cuti.

“Pada satu tahap saya rasa mahu bunuh diri, saya menangis setiap malam, macam-macam perasaan yang dialami.

“Sampai suatu hari, saya memutuskan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman dan itu keputusan terbaik yang saya lakukan,” ujarnya.

Kepulangan di kampung, merubah segalanya, kata Zamri, ibu bapanya menyedari perubahan yang berlaku kepada dirinya dan memintanya untuk berterus-terang.

Dengan berat hati, Zamri menceritakan semuanya, dia takut keluarganya akan kecewa, tetapi mereka sebaliknya menerima berita itu dengan tenang.

“Ibu ayah banyak memberikan semangat. Mereka juga membawa membawa saya berjumpa pakar psikatri dan mendapatkan pengadilan atas apa yang berlaku.

“Insiden yang berlaku sudah menjadi kes polis dan keempat-empat lelaki berkenaan sudah dibawa ke muka pengadilan,” kongsinya.

Kata Zamri lagi, kini keadaan hidupnya sudah bertambah baik. Dia juga memilih untuk menetap di kampung dan menjalani kehidupan di sana.

https://www.kosmo.com.my/2023/01/08/diperkosa-empat-lelaki-selepas-berhibur-di-kelab-malam/



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2023 10:17 AM | Show all posts
Edited by Themilo at 8-1-2023 02:18 AM

kau berhibur kat kelab mana dekk? blueboys kah? memang la mengundang...
mohon senior blueboys, sis @dudaberhias bagi nasihat sikit kat adik-adik desa nan permai ni.

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting jangan kahwin dek. Naya kat bini nok dek!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Hingga ke ayat terakhir I ols mengharapkan zamri tu typo jahh. Kot ni cerita zamira ke, zarina ke, rupanya tak. Ini cerita zamri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 11:13 AM | Show all posts
Tidak report ke mana-mana balai polis ke? Kasihan tidak pasal-pasal dinodai
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Apahal keluar malam2 berfoya2, kan dah kena rogol, walaupun lelaki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
best apa lelaki rogol lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 11:22 AM | Show all posts
malas lah nak baca panjang sgt, boleh lukis tak scene kejadian tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2023 01:53 PM | Show all posts

akibat kejadian itu Zamri telah didapati hamil sehinggalah kehari ini.

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Insiden yang berlaku sudah menjadi kes polis dan keempat-empat lelaki berkenaan sudah dibawa ke muka pengadilan,” kongsinya.

Bila? X masuk berita pun kt cari porem ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 02:02 PM | Show all posts
Kadang2 kan, aku rase penulis ni buat cerita sendiri je sbb nk bg sensasi.
Kadang2 la tapi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 8-1-2023 02:00 PM
Insiden yang berlaku sudah menjadi kes polis dan keempat-empat lelaki berkenaan sudah dibawa ke muka ...

Hahaha ini ala2 mcm cerpen Mona gersang, cikgu suraya which is merepek.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 aku teringatkan sorang forumer dlm ni. 'K'
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi retis jelah dik. Jambu kann..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku perogol tu, lepas rogol aku chow..

tak kuasa nak tunggu kau sober/bangun semata-mata nak maki kau..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 04:27 PM | Show all posts
pisanggoreng replied at 8-1-2023 03:23 PM
kalau aku perogol tu, lepas rogol aku chow..

tak kuasa nak tunggu kau sober/bangun semata-mata nak  ...

aku bayangkan perogol tu semua crook, gengster dan brutal... enjoy buat kejahatan sambil tergelak-gelak... mungkin cerpen tu lupa nak kata mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian, moga2 mendapat pembalasan yg adil

Kadang2 rasa jeles ngn gayah sbb dorang disukai lelaki.
Gayah plak benci kat pompuan maklumlah pesaing depa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
“Pada malam itu saya didekati oleh seorang lelaki, dia mengajak saya menari dan belanja minuman."
________
Alahai zamri, kelab apa kamu pergi org lelaki ajak kau menari belanja minum tu normal dek melainkan gaybar.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 8-1-2023 09:34 PM
“Pada malam itu saya didekati oleh seorang lelaki, dia mengajak saya menari dan belanja minuman."
_ ...

Kalau fikir pojitip, mungkinlah dia ajak battle breakdance tengok siapa lagi power haaa gaytuh sissy. Sebagai hadiah, diberinya minuman pakej dengan ubat tidur kekdahnya sis.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pejubo2 smua tu dah kena cash ler....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.235923 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list