CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

Al-Attiyah semakin kuasai Rali Dakar

[Copy link]
Post time 7-1-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode

AL-ATTIYAH berjaya menjuarai perlumbaan Peringkat 5 kelmarin sekali gus mengukuhkan cengkamannya pada perlumbaan Rali Dakar 2023 kali ini. – AFP

HA’IL, Arab Saudi – Juara bertahan, Nasser Al-Attiyah me­ngukuhkan cengkaman dalam saingan Rali Dakar 2023 selepas menjuarai Peringkat 5 yang berlangsung kelmarin.

Pelumba pasukan Toyota Gazoo Racing tersebut melakukan kejutan menawan Peringkat 5 selepas mengharungi laluan mencabar sepanjang 645.04 kilometer dengan catatan empat jam 13 minit 23 saat.

Meskipun pelumba pasukan Audi Sport, Carlos Sainz cuba mengejar untuk menjuarai pe­ringkat tersebut, namun ia tidak berhasil selepas hanya dipisahkan satu minit 57 saat.

“Ia adalah peringkat yang sa­ngat sukar. Kami cuba lakukan sehabis baik untuk menamatkan saingan ini.

“Pasukan lain mempunyai kuasa tambahan untuk memecut laju, tetapi saya gembira menamatkan saingan hari ini tanpa sebarang masalah meskipun bersaing seperti ‘orang gila’.

“Apa yang boleh saya katakan perlumbaan kali ini lebih mencabar dan kami benar-benar letih,” kata pemandu dari Qatar tersebut.

Hasil keputusan tersebut, Al-Attiyah kini mendahulu saingan dengan kelebihan 22 minit di hadapan seorang lagi pelumba pasukan Audi Sport, Stephane Peterhansel.

Peterhansel yang turun mencari kemenangan ke-50 mempamerkan persembahan cukup positif apabila sekadar menamatkan saingan tempat ketiga kelmarin dan menamatkan perlumbaan tempat kedua pada Rabu.

“Bagi saya, ia adalah peringkat perlumbaan paling mencabar dalam hidup saya. Saya tidak tahu kenapa, tetapi ia sangat sukar.

“Kami menerima banyak kesan di belakang leher, jadi ia bukan peringkat yang mudah,” tegas Peterhansel. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -kuasai-rali-dakar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076988 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list