CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Perlis] Si gadis ayu ‘jaguh’ angkat besi

[Copy link]
Post time 7-1-2023 02:19 PM | Show all posts |Read mode


NURUL Amirah Mohd. Nazim merupakan jaguh bagi sukan angkat berat Perlis yang berjaya meraih pingat Perak dalam penampilan pertamanya pada temasya Sukma pada September lalu. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD




KANGAR: Melihat kepada perwatakannya yang lemah lembut, cantik dan ayu, tidak ada siapa menduga Nurul Amirah Mohd. Nadzim, 22, sebenarnya merupakan seorang jaguh dalam sukan angkat berat yang sinonim dengan individu berperwatakan lasak.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berjaya membuktikan kemampuan apabila memenangi pingat Perak dalam kategori 71 kilogram wanita sewaktu temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke- 20 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bermula sekadar suka-suka ketika sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurul Amirah tidak menyangka pembabitannya dalam sukan tersebut berjaya membuahkan hasil sekali gus membanggakan negeri ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nurul Amirah berkata, dia mula bergiat aktif dalam sukan angkat berat sejak berusia 17 tahun selepas mendapat galakkan daripada ahli keluarga.

“Pada waktu itu, saya sedang menunggu keputusan SPM dan kebetulan ayah bertanyakan sama ada saya berminat untuk menceburi dalam apa-apa bidang sukan.

“Daripada situ saya suarakan pada ayah tentang minat untuk menceburi sukan angkat berat dan dia (ayah) kemudian terus membawa saya berjumpa jurulatih,” katanya.

Ketika ditanya mengapa angkat berat menjadi pilihan, gadis kelahiran Kampung Padang Pauh itu memaklumkan bahawa dia sememangnya telah lama meminati sukan itu namun hanya memendamkan rasa sehinggalah mendapat galakkan daripada keluarga.

Katanya, walaupun sukan berkenaan agak lasak namun Nurul Amirah tidak mempunyai masalah untuk mendalami teknik yang diajar menerusi pendedahan diberikan jurulatih dan tunjuk ajar rakan pasukan.

“Memang jika dilihat kebanyakan atlet angkat berat ini berwajah garang dan tegas namun sewaktu kejohanan, apa yang paling penting adalah semangat dalaman untuk menang.

“Dan itulah yang saya terapkan untuk tunjukkan bahawa sukan angkat berat ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja asalkan mempunyai semangat dan azam yang tinggi,” katanya.

Tambah Nurul Amirah, adiknya, Nurul Aisyah Athirah, 15, juga menunjukkan minat sama dalam sukan angkat berat dan turut mewakili Perlis dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Walaupun ibu bapa saya tidak terlibat secara aktif sebagai atlet namun mereka sentiasa memberi sokongan kepada kami untuk menceburi bidang sukan yang diminati,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... -jaguh-angkat-besi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.330320 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list