CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

Alonso dapat hadiah SUV RM1.3j

[Copy link]
Post time 7-1-2023 12:06 PM | Show all posts |Read mode

ALONSO anak emas Aston Martinj

London: Jaguh Formula Satu (F1) Fernando Alonso mendapat lonjakan semangat bagi menghadapi saingan musim F1 2023 selepas memperolehi kereta mewah SUV Aston Martin sempena Krismas.

Alonso menyertai pasukan British itu selepas meninggalkan Alpine dan kini mendapat ganjaran walaupun belum lagi beraksi di litar perlumbaan.

Dia diberikan hadiah DBX 7070, sebuah kereta mewah SUV bernilai £250,000 (RM1.3 juta) yang mempunyai kelajuan tertinggi 315kmj.

Alonso dalam Twitternya berkata: "Jangkaan melebihi impian. Kereta idaman."

Pelumba Sepanyol itu beraksi bersama Alpine sejak 2021 tetapi bekas pemandu Renault, McLaren dan Ferrari terbabit meninggalkan pasukan berpangkalan di Perancis pada penghujung musim lalu untuk menyertai pasukan Britain.

Menurutnya: "Tiada siapa di F1 hari ini menunjukkan visi hebat dan komitmen untuk menang dan itu memberikan peluang menyeronokkan buat saya."

Alonso menambah: "Saya masih bersemangat tinggi untuk berjuang mendapatkan petak hadapan dan saya mahu menjadi sebahagian daripada organisai yang komited belajar, membangun dan berjaya."

Menandatangani Alonso satu kejayaan buat Aston Martin yang dianggap mereka legenda dalam sukan permotoran.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... at-hadiah-suv-rm13j
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.074905 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list