CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

[Pulau Pinang] Demam babi Afrika landa ladang di SPS

[Copy link]
Post time 6-1-2023 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Demam babi Afrika landa ladang di SPS


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



FOTO Hiasan




Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengesahkan penyakit demam babi Afrika atau 'African swine fever' (ASF) dikesan menjangkiti sebuah ladang ternakan di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dekat sini.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri sudah mengambil tindakan terhadap isu berkenaan dengan operasi ladang terbabit dihentikan serta-merta.

"Keseluruhan ladang sudah ditutup dan usaha melupuskan babi di lokasi berkenaan sedang giat dilakukan ketika ini kerana kita mahu membendung penyakit itu daripada merebak ke ladang babi lain.

"Kerajaan negeri telah mengadakan sesi libat urus dan menasihati penternak babi di Pulau Pinang untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila wabak ASF melanda beberapa negeri lain kira-kira dua bulan lalu.

"Namun, meskipun langkah berjaga-jaga diambil, ia tetap berlaku dan kita merekodkan satu kes ASF di SPS," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan lebih 1,000 ekor babi di ladang terbabit dimusnahkan dan ditanam di lokasi kejadian dengan kerja-kerja melupuskan kesemua haiwan terbabit dijangka selesai akhir minggu ini.

Chow berkata, beberapa tindakan seperti menghentikan pergerakan pengangkutan membawa haiwan itu merentas negeri dilakukan JPV negeri apabila kes ASF dilaporkan berlaku di negara ini.

Berdasarkan rekod terdapat 124 ladang babi membabitkan sejumlah 267,348 ekor haiwan ternakan itu di Pulau Pinang sehingga akhir tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, terdapat sebanyak 64 ladang beroperasi di Seberang Perai Utara, SPS (52) dan masing-masing empat ladang di Seberang Perai Tengah dan Daerah Barat Daya.

Sejumlah 52 ladang di SPS direkodkan menternak 139,795 ekor babi setakat akhir tahun lalu.

Pada September tahun lalu, wabak ASF dilaporkan menjangkiti dua ladang ternakan komersial di daerah Kerian, Perak.


Disiarkan pada: Januari 6, 2023 @ 5:23pm






sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.865749 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list