CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

[Kedah] Terkilan ada pihak guna gambar anak sakit

[Copy link]
Post time 5-1-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Jitra: "Ketika sedang diuji menjaga anak sakit, ada pula yang mengambil kesempatan menggunakan gambar anak saya di Facebook (FB) untuk mengutip dana sehingga mencecah jumlah yang banyak," kata Nurul Ain Jawahir, 29.

Menurutnya, sebelum ini, dia ada memuat naik gambar anaknya, Muhammad Aqil Sudais Muhammad Jefri, 3, yang menderita akibat penyakit yang belum diketahui selain buah pinggang kiri yang rosak dan kerap diserang sawan di FB miliknya semata-mata untuk berkongsi masalah.

Ini kerana, anaknya yang sakit sejak berusia enam bulan menyebabkan dia dan suami, Muhammad Jefri Marzuki, 33, mempunyai masalah kewangan untuk menampung kos ulang alik membawa anaknya ke hospital.

Menurut Nurul Ain, suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Alor Setar diberhentikan kerja disebabkan kerap bercuti kerana menguruskan anak kedua mereka itu.

"Saya terkejut apabila mengetahui ada pihak menggunakan gambar anak saya dengan menyertakan akaun bank pihak lain pada Disember lalu.

"Sampai hati mereka melakukan perkara itu sedangkan saya dan suami kekurangan wang untuk menampung kos rawatan serta perjalanan anak kami ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pida 8, Tandop, Matang Paku, Air Hitam, di sini, semalam.

Menurut Nurul Ain, anaknya dilahirkan normal dengan berat empat kilogram (kg) itu turut mengalami masalah mata, pendengaran, kaki serta sukar membuang air besar, selain otaknya mengalami masalah.

Katanya, doktor belum mengesahkan penyakit sebenar anaknya itu dan sedang menunggu laporan perubatan lengkap.

"Muhammad Aqil juga perlu sentiasa dipakaikan kasut khas yang dibeli melalui pengedar sah seperti yang disyorkan oleh doktor bagi menguatkan kakinya selain sarung tangan untuk mengelak dia menarik tiub di pipinya," katanya.

Nurul Ain berkata, sebelum ini, Aqil memang minum susu formula khas sehingga berat badannya bertambah, tetapi sejak suami tidak bekerja, mereka terpaksa memberi dia minum susu tepung biasa menyebabkan berat badannya susut.

Katanya, wang bantuan bulanan RM250 yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak cukup untuk menampung segala kos rawatan anaknya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubunginya di talian 017-5918441 atau 017-5479446.



NURUL Ain dan suaminya, Muhammad Jefri melihat keadaan anak bongsu mereka, Muhammad Aqil Sudais yang terlantar akibat menghidap penyakit belum diketahui selain buah pinggang kirinya rosak dan kerap diserang sawan di rumah mereka di Kampung Pida 8. FOTO Zuliaty Zulkiffli

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -anak-sakit-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.358465 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list