CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Kedah] Inspektor polis mengaku tidak bersalah rogol remaja

[Copy link]
Post time 5-1-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Sungai Petani: Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas empat pertuduhan merogol dan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di bilik pejabatnya pada 28 Disember tahun lalu.

Tertuduh, Inspektor Mohd Maliki Azmi, 35, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang kini berusia 16 tahun dengan kerelaan mangsa menggunakan kedudukan berkuasa dimilikinya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 28 Disember tahun lalu jam 6.30 petang dalam bilik pegawai penyiasat jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Sementara itu, Mohd Maliki turut didakwa atas tiga pertuduhan berasingan mengikut Akta Seksual Kanak-kanak kerana melakukan amang seksual terhadap mangsa sama.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas remaja perempuan berkenaan pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan cara menyentuh kemaluan mangsa bagi tujuan maksud seksual.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Mohd Maliki juga didakwa atas pertuduhan memaksa mangsa memasukkan objek ke dalam alat sulitnya.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(c) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa membuatkan mangsa menanggalkan pakaian dan menunjukkan badannya supaya dilihat tertuduh dengan niat seksual.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 15(a) (ii) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Jika sabit bersalah terhadap semua pertuduhan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hizween Azleena Othman Kamal, Zulfadzly Hassan dan Nurul Natasha Rizal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hizween Azleena memohon mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bagi pertuduhan rogol dan RM15,000 bagi pertuduhan amang seksual.

Beliau turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali sebulan dan menyerahkan dokumen perjalanannya sementara menunggu perbicaraan.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana dia hilang sumber pendapatan dan mempunyai isteri serta ibu bapa untuk ditanggung selain mempunyai hutang yang semakin meningkat.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 bagi pertuduhan rogol dan RM15,000 bagi pertuduhan serangan seksual.

Mahkamah turut menetapkan 6 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rsalah-rogol-remaja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050258 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list